UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Riinah Periasamy
1
Abstract
Kajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk menilai kepengarangan penulis N. Mageswari. Di samping itu, kajian ini memberi kesempatan untuk lebih mengenali imej wanita dan mengiktiraf kedudukan mereka dalam struktur sosial masyarakat India. Pendekatan ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka dalam masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Kaedah-kaedah ini membantu mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemikiran feminisme. Melalui kajian ini, pengkaji menerangkan imej wanita, perjuangan kaum wanita dan kepengarangan pengarang. Justeru, pengkaji lebih menekankan kebebasan kaum wanita dan kesen.....
Thesis Published 2015 1742 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran Thirukkural dan menganalisis keperluan guru dan murid dalam penyediaan modul pembelajaran Thirukkural, membentuk dan membangunkan modul pembelajaran Thirukkural berdasarkan teknologi Augmented Reality serta menilai kebolehlaksanaan modul tersebut dalam kalangan murid Tahun Lima di SJK(T). Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan model ADDIE yang merangkumi tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk modul dan fasa penilaian. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 10 orang guru bahasa Tamil dan 60 orang murid Tahun Lima di SJK(T). Data temu bual dianalisis secara kualitatif, manakala data soal selidik serta ujian pra dan pasca dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan IBM SPSS Statistics 26. Dapatan analisis keperluan menunjukkan bahawa semua guru dan murid menegaskan bahawa modul pembelajaran Thiru.....
Thesis Published 2022 2569 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.