UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Rohaida Muslim |
1 | 2016 thesis | Pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar Rohaida Muslim Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar semester akhir FPE UPSI. Dalam kajian ini, sebanyak 210 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 97% kadar tindak balas. Ujian ANOVA, ujian-t, ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai telah digunakan untuk melaksanakan analisis statistik daripada data kajian. Analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor pengesahan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat keusahawanan. Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi hasrat keusahawanan pelajar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada literatur dalam pengaruh TPB, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Implikasinya, universiti boleh meningkatkan self-efficacy keusahawanan dan ke..... 1238 hits |
2 | 2022 thesis | Pengaruh tingkah laku terancang dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar Kolej Matrikulasi Perlis Rohaida Muslim Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh tingkah laku terancang (TPB) dan
daya tahan (RE) terhadap hasrat keusahawanan (EI) pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.
Kajian kuantitatif melalui tinjauan telah dilakukan terhadap 244 orang pelajar Kursus
Pengurusan Perniagaan yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah.
Soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan secara penghantaran dan
kutipan. Analisis regresi berganda, analisis mediasi sederhana dan analisis moderasi
sederhana dilakukan dengan menggunakan SPSS v.23 dan PROSES makro untuk SPSS
v.3.4. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa pembolehubah bebas
yang diuji dapat menjelaskan 25.5% varians terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Ini
membuktikan bahawa tiga dimensi TPB dapat membantu meningkatkan EI pelajar
Kolej Matrikulasi Perlis. Dimensi sikap terhadap tingkah laku (ATB) merupakan
pembolehubah bebas yang paling mempengaruhi EI pelajar (β= 0.307, p= 0.000) diikuti
dengan SN (β=..... 844 hits |