UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Rohaida Muslim
1
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar semester akhir FPE UPSI. Dalam kajian ini, sebanyak 210 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 97% kadar tindak balas. Ujian ANOVA, ujian-t, ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai telah digunakan untuk melaksanakan analisis statistik daripada data kajian. Analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor pengesahan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat keusahawanan. Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi hasrat keusahawanan pelajar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada literatur dalam pengaruh TPB, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Implikasinya, universiti boleh meningkatkan self-efficacy keusahawanan dan ke.....
Thesis Published 2016 1934 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh tingkah laku terancang (TPB) dan daya tahan (RE) terhadap hasrat keusahawanan (EI) pelajar Kolej Matrikulasi Perlis. Kajian kuantitatif melalui tinjauan telah dilakukan terhadap 244 orang pelajar Kursus Pengurusan Perniagaan yang dipilih berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik menggunakan skala Likert 5 mata diedarkan secara penghantaran dan kutipan. Analisis regresi berganda, analisis mediasi sederhana dan analisis moderasi sederhana dilakukan dengan menggunakan SPSS v.23 dan PROSES makro untuk SPSS v.3.4. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan bahawa pembolehubah bebas yang diuji dapat menjelaskan 25.5% varians terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Ini membuktikan bahawa tiga dimensi TPB dapat membantu meningkatkan EI pelajar Kolej Matrikulasi Perlis. Dimensi sikap terhadap tingkah laku (ATB) merupakan pembolehubah bebas yang paling mempengaruhi EI pelajar (β= 0.307, p= 0.000) diikuti dengan SN (β=.....
Thesis Published 2022 3211 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.