UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 9 |
Simplified search suggestions : Rohani Mohd |
1 | 2016 Article | Keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian Matematik murid tingkatan dua bagi topik Geometri Awang Liz Aliza, Ahmad Tarmizi Rohani, Mohd Ayob Ahmad Fauzi, Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan pengaturcaraan LOGO terhadap pencapaian matematik murid tingkatan dua bagi topik geometri. Pencapaian matematik diukur berdasarkan pencapaian secara keseluruhan dan pencapaian berdasarkan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini mengguna reka bentuk Eksperimen Kuasi Pasca Ujian sahaja bagi membandingkan pencapaian matematik murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Seramai 36 murid ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 36 murid lagi ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Murid kumpulan eksperimen menjalani proses pembelajaran matematik menggunakan pengaturcaraan LOGO manakala murid kumpulan kawalan menjalani pembelajaran matematik menggunakan persembahan slaid PowerPoint. Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama enam minggu. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pencapaian matematik murid adalah ujian pasca yang diadakan sebanyak dua kali. Ujian Pasca I dilakukan sejurus selepas du..... 7574 hits |
2 | 2016 Article | Keterlibatan murid kolej vokasional berpencapaian rendah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik menerusi pendekatan ‘Q-Methodology Marham Marsilah Anum, Mohd Ayub Ahmad Fauzi, Ahmad Tarmizi Rohani, Keterlibatan dilihat sebagai konstruk penting yang berkait rapat dengan pencapaian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik sama ada keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif atau keterlibatan afektif serta mengenalpasti jenis keterlibatan yang mempengaruhi individu terbabit dalam mempelajari Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ yang diperkenalkan oleh William Stephenson (1902-1989) pada tahun 1935. ‘Q-methodology’ merupakan satu teknik penyelidikan yang membolehkan penyelidik mengenalpasti, memahami dan mengkategorikan persepsi individu serta mengumpulkan individu yang mempunyai persamaan persepsi terhadap sesuatu perkara. Dalam kajian ini, persepsi pelajar berkaitan keterlibatan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk mengenalpasti faktor berkaitan keterlibatan ya..... 2677 hits |
3 | 2003 Conference Item | Nilai dan amalan keibubapaan dalam masyarakat Melayu : dulu dan kini Mohd Yunus Khadijah Rohani, Bidang keibubaaan dan asuhan anak telah menimbulkan minat yang tinggi dalam hampir semua disiplin sains tingkahlaku. Pengalaman awal diberi keutamaan dalam: i. Teori perkembangan personalit Freud (Freud 1938 1964, 197h; Ernde, 1992; Nagel, 1994) ii. Bidang antropologi (Kardiner, 1939; Valsiner, 1987) lii. Bidang sosiologi (Kohn, 1963; Claussen & Williams, 1963; Fisher, 1984; Bandura , 1986; Forbes & Block, 1990).. 1254 hits |
4 | 2017 Article | Elastic constant determination of hardwoods using ultrasonic insertion technique Mat Daud Anis Nazihah, Jaafar Rosly, Ayop Shahrul Kadri, Yaacob Mohd Ikhwan Hadi, Rohani Md Supar, 2165 hits |
5 | 2008 Thesis | Penstrukturan yuran institusi pra sekolah : model pelbagai kriteria Rohani Mohd Kajian ini membincangkan aplikasi pengaturcaraan gol untuk menstrukturkan semula kadar yuran di
institusi pendidikan pra sekolah. Penyemakan kadar bayaran yuran bulanan ini ditentukan oleh
pelbagai matlamat dan kekangan serta melibatkan banyak pihak dalam membuat keputusan. Keperluan
terhadap penyemakan kadar yuran bulanan di institusi pra sekolah adalah penting sama seperti
penyemakan yuran tahunan di institusi pengajian tinggi kerana ianya melibatkan peningkatan dalam
kos operasi juga sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap peningkatan kos pendidikan tidak
formal ini. Bagi institusi pendidikan pra sekolah yang bersifat tidak mementingkan keuntungan,
kadar yuran yang dikenakan sememangnya yang serendah mungkin. Waiau bagaimanapun oleh kerana tiada
bantuan kewangan luar, pihak pengurusan perlu memastikan bahawa pendapatan yang diperoleh dari
yuran bulanan mestilah dapat menampung perbelanjaan institusi tersebut. Beberapa faktor
dipertimbangkan s..... 254 hits |
6 | 2012 Article | Nilai modal insan dalam novel sebagai sumber transformasi identiti belia di Malaysia Md Idris Mohd Rashid, Mohd Nawi Norita Azrini, Makalah ini melihat keampuhan Teori Falsafah Bahasa sebagai wahana penyampai nilai dan ilmu. Teori ini menekankan tiga prinsip asas, iaitu berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul mengikut konteks, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa sebagai suatu ibadah. Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama golongan belia amat menggemari genre novel sebagai bahan bacaan. Kehidupan beragama juga menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Novel yang dipilih ialah ‘Seteguh Karang’ yang dipelajari di sekolah menengah telah memperlihatkan prinsip-prinsip dalam teori ini diamalkan. Di samping itu, novel ini juga telah membuktikan wujudnya nilai modal insan yang mampu menjadi penjana dan penghubung transformasi identiti belia di Malaysia. Berdasarkan data yang dianalisis, terbukti lima nilai modal insan untuk membangunkan generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut i) kualiti asas jasmani, emosi, rohani dan intelektual, ii) berjiwa besar dan c..... 1509 hits |
7 | 2015 Article | Pelaksanaan aktiviti keagamaan dan hubungannya dengan penghayatan kerohanian anggota tentera Malaysia Bujai Mohd Rashidi, Hashim Azmil, Kertas kerja ini adalah untuk meninjau peranan dan sumbangan aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Insitut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) dalam menjana kekuatan tempur anggota tentera (Spiritual Combat Power). Aktiviti keagamaan merupakan salah satu elemen pendidikan yang digunakan di ILMI yang diadaptasi daripada Tarbiyyah Askariyyah Khalid Shantut (2003). Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mencari maklumat tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam ILMI dalam membentuk keperibadian dan rohani anggota sepanjang kursus dilaksanakan. Maklumat diperoleh adalah melalui soalan soal selidik yang diedarkan kepada pelatih-pelatih yang telah menghadiri kursus di ILMI. Pelatih—pelatih dikehendaki memberi respon terhadap 127 item yang berkaitan penilaian input, proses dan produk yang diadaptasi daripada model CIPP. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai bertujuan untuk melaporkan..... 1135 hits |
8 | 2022 Thesis | Pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan dalam drama dari perspektif teori SPB4K Samin Rabani Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran dan sumbangan Noordin Hassan
dalam drama terpilih berdasarkan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K)
janaan Dato Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan ke atas pembentukan insan seimbang serta
pengaruhnya dalam perkembangan drama Melayu di Malaysia. Kajian ini berbentuk
kualitatif menggunakan kaedah analisis kepustakaan, analisis kandungan teks dan
analisis deskriptif. Analisis pemikiran Noordin Hassan ini disandarkan kepada empat
prinsip teori SPB4K iaitu kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Untuk
melihat kesan dan sumbangannya kepada pembentukan insan seimbang analisis ini
bersandarkan kepada empat aspek pembentukan insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI) seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati pemikiran yang berkaitan dalam aspek
kerohanian yang meliputi aspek aqidah, syariah, ibadah dan tasawuf lebih banyak
ditemukan. Manakala dalam ..... 1378 hits |
9 | 2024 Thesis | Pengetahuan Pedagogi dan isi kandungan lakonan jurulatih seni teater di Sekolah Seni Malaysia Mohd Azly Zakaria Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meneroka Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan (PPIK) lakonan jurulatih Seni Teater di Sekolah Seni Malaysia (SSeM).
Konstruk utama kajian ini dijalankan adalah Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) dan
Pengetahuan Pedagogi (PP) dengan menyelidik kefahaman kandungan format baharu
bidang lakonan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP),
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Seni Teater Sekolah Seni Malaysia
(SSeM), dan bagaimana peserta kajian membuat transformasi ke dalam rancangan
pengajaran serta melaksanakan pengajaran khusus bidang lakonan. Kajian ini adalah
kajian kes bersifat kualitatif dengan lima orang jurulatih Seni Teater SSeM dipilih
sebagai peserta kajian. Manakala, kesahan dan kebolehpercayaan berdasarkan kaedah
triangulasi data, kajian rintis, analisis keperluan pakar, semakan rakan penyelidik,
pengesahan dan persetujuan peserta kajian, tempoh kajian serta Indeks Skala
Persetujuan Cohen Kappa. Kajian me..... 25 hits |