AbstractKertas ini membincangkan isu berkaitan tekanan terhadap sumber air di samping masalah sumber air bersih yang sering kali tercemar. Kajian yang dilaksanakan meneliti sumber bekalan air bersih di Daerah Cameron Highlands yang dijangkakan akan berkurangan akibat gangguan terhadap kawasan tadahan hujan yang digantikan dengan kawasan pertanian yang meningkat dengan cepat. Peningkatan enapan tanih dan bahan organik (baja dan racun) yang mencemarkan sumber air sungai yang menjadi punca bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk terus membimbangkan. Penggunaan sistem penuaian hujan boleh dijalankan sebagai langkah mengatasi masalah ini. Penuaian hujan adalah kaedah yang dijalankan bagi pengumpulan air hujan daripada permukaan binaan seperti atap rumah atau lereng bukit masuk ke dalam tempat simpanan. Air hujan yang dikumpul dapat digunakan bagi tujuan domestik, pertanian, perindustrian dan sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu sesi temubual untuk mendapatkan data kajian den.....