UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Rosmiza Mohd Zainol
12014
article
Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah
Marzuki Mazdi, Mapjabil Jabil, Mohd Zainol Rosmiza,
Pelajar Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada keciciran pelajar Orang Asli dalam pelajaran. Antaranya ialah masalah aksesibiliti kepada kemudahan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap aksesibiliti untuk ke sekolah dalam kalangan pelajar Orang Asli di daerah Tapah. Kajian dilakukan terhadap pelajar Orang Asli yang bersekolah di SMK Seri Tapah dan SMK Tapah yang merupakan dua buah sekolah yang paling ramai pelajar Orang Asli. Kajian melibatkan penggunaan kaji selidik, pemerhatian dan temu bual dengan guru serta maklumat daripada Sistem Maklumat Murid. Hasil kajian mendapati bahawa pengangkutan awam disediakan kepada pelajar Orang Asli seperti bas sekolah dan trak. Namun begitu, operasi perkhidmatan pengangkutan yang disediakan masih kurang memuaskan dari segi kualiti, bilangan dan perkhidmatan. Dari segi jarak, secara purata pelajar Orang Asli terpaksa melakukan per.....

974 hits

22015
article
Pelancongan Islam: suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia
Mapjabil Jabil, Abd Razak Ratna Roshida, Marzuki Mazdi, Mohd Zainol Rosmiza,
Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah, rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas. Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Pelancongan Is.....

1066 hits

32018
article
Kaedah pengurusan sisa substrat cendawan dalam kalangan agropreneur muda cendawan
Rosmiza Mohd Zainol
Industri cendawan merupakan sebuah industri pertanian yang mesra terhadap alam sekitar. Industri ini mengoptimumkan penggunaan hasil sampingan pertanian lain sebagai substrat tanaman cendawan. Selepas tuaian hasil cendawan, sisa substrat cendawan pula berpotensi tinggi dalam pembangunan industri hiliran. Namun begitu, kaedah pengurusan sisa substrat cendawan yang tidak mesra alam telah mengundang kemerosotan kualiti alam sekitar tani. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengkaji kaedah pengurusan sisa substrat cendawan yang dipraktikkan dalam kalangan agropreneur serta menilai tahap pengetahuan agropreneur terhadap pengurusan sisa substrat cendawan secara mesra alam. Kaedah kuantitatif (survei) dan kualitatif (temubual) dilakukan melibatkan 40 orang agropreneur yang telah mengikuti Kursus Pakej Projek Agropreneur Muda Cendawan anjuran Jabatan Pertanian Malaysia. Hasil kajian mendapati kebanyakan agropreneur menggunakan kaedah bersifat tidak mesra alam dalam pengurusan sisa substrat cendaw.....

804 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.