|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Rosyati Manaf |
| 1 | 2022 Article | Penggunaan kad huruf dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah Rosyati Manaf Masalah membaca di kalangan murid prasekolah bukanlah perkara baru bagi guru-guru prasekolah. Pelbagai kaedah dan teknik mengajar telah digunakan untuk mengatasi masalah ini bagi membantu menyelesaikan masalah penguasaan membaca murid. Kertas konsep ini membincangkan tentang penggunaan kad huruf dalam pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah bagi mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Bagi melihat perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kad huruf, beberapa kajian lepas telah dijadikan sebagai rujukan. Daripada kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penguasaan kemahiran membaca murid selepas penggunaan kad berbentuk kad huruf, dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian guru memainkan peranan penting dalam keberkesanan penggunaan kad huruf agar pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan murid berminat mengikuti sesi pembelajaran... 368 hits |