UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Saidatun Nisa Kamaruddin |
1 | 2012 Thesis | Penyelesaian semi analisis persamaan pembezaan separa eliptik menggunakan kaedah garis lima titik Saidatun Nisa Kamaruddin Kajian ini memfokuskan kepada kaedah garis iaitu suatu kaedah yang bertujuan untuk mendiskretkan persamaan pembezaan separa (PPS) supaya PPS tersebut dapat diturunkan kepada satu sistem pembezaan biasa (PPB). Dalam kajian ini, persamaan pembezaan separa eliptik iaitu persamaan Laplace telah didiskretkan untuk menghasilkan satu sistem PPB. Pendiskretan dilakukan dengan menggunakan penghampiran beza terhingga lima titik yang diterbitkan oleh siri Taylor. Sistem PPB kemudiannya diselesaikan dengan menggunakan kaedah matriks eksponen. Persamaan Laplace adalah satu jenis daripada PPS eliptik yang menunjukkan taburan haba dalam keadaan mantap.Dua contoh persamaan Laplace diselesaikan menggunakan kaedah garis dan matriks eksponen. Hasil penyelesaian masalah ini merupakan satu penyelesaian semi-analisis. Plot bagi taburan suhu menunjukkan ianya bersifat simetri... 87 hits |