UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Salinatul Saadiah Saat
1
Abstract
Kelemahan mengenalpasti dan mengendalikan radas makmal kerap dikesan di peringkat pengajian sekolah menengah. Kajian eksperimen ini dijalankan untuk menguji keberkesanan kad permainan sebagai salah satu kaedah pengukuhan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai radas makmal dalam kalangan murid tingkatan satu serta menguji penilaian murid terhadap kad permainan yang dibangunkan. Subjek dalam kajian ini adalah murid tingkatan satu di sebuah sekolah menengah. Empat puluh orang responden yang dipilih secara persampelan rawak dua peringkat telah digunakan dalam kajian ini. Satu kumpulan sebagai kumpulan rawatan, manakala satu kumpulan yang lain sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan didedahkan dengan penggunaan kad permainan manakala kumpulan kawalan didedahkan dengan pembelajaran secara kaedah tradisional. Data dikumpul menggunakan ujian pra dan pasca dan soal selidik penilaian. Perbezaan dapatan ujian tersebut pula dilihat menggunakan statistik inferensi ujian-t, manakala skala Likert .....
Thesis Published 2016 1494 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.