AbstractHubungan diplomatik merupakan hubungan dua hala antara sebuah negara atau lebih dengan negara lain. Kelangsungan hubungan ini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir ketua negara atau para diplomat (duta negara) merangka strategi terbaik bagi melindungi kerajaan negara dan rakyatnya. Justeru, dalam hal ini, seorang utusan sesebuah kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan membentuk suatu jalinan harmoni antara kerajaan serantau. Oleh itu, dalam kajian ini menggunakan pendekatan interaksi yang diperkenalkan oleh Paul Watzlawick untuk menghuraikan strategi diplomatik dan kaedah pelaksanaan strategi tersebut oleh utusan yang diutus, semasa berhadapan dengan pemerintah kerajaan lain untuk membantu kerajaan yang diwakilinya berjaya melangsungkan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain. Kajian ini akan menggunakan naskhah Hikayat Hang Tuah sebagai bahan perbincangan utama.
Kata kunci strategi; diplomatik; utusan; kerajaan; naskhah..