UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Berdasarkan data statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2017, terdapat sebanyak 191 buah koperasi sekolah yang masih berada ditahap perolehan turnover yang rendah. Hal ini adalah kerana terdapat kelemahan amalan pengurusan serta nilai etika dari segi perancangan, kelolaan dan kawalan koperasi oleh ahli lembaga dan anggota koperasi sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengurusan dan nilai etika guru koperasi di dua buah koperasi cemerlang sekolah menengah kebangsaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah dijalankan berdasarkan dua objektif kajian iaitu amalan pengurusan dan nilai etika yang diamalkan oleh guru koperasi cemerlang di dua buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Selangor. Pengkaji menggunakan reka bentuk kualitatif untuk mendapatkan data dengan menemu bual peserta kajian iaitu seramai empat orang guru koperasi, menjalankan pemerhatian dan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini dilaksanakan di dua buah koperasi cemerlang.....
Thesis Published 2021 3700 hits Available
2
Abstract
Salmah Ismail @ Saloma has been greatly influenced by imperialism, which led her to achieve such a fame in Federation of Malaya and also in the neighbouring countries. The influence of imperialism on the development of her career as an artist seems to be unnoticed even by Saloma herself and previous studies on her only conclude that Saloma was merely a singer with a melodious voice, actress, fashion icon, and a wife to a renowned artist, P. Ramlee. Cultural imperialism in Malaya is deemed to have influenced Saloma until she sparks the birth of popular culture in the Federation of Malaya. Therefore, this research would scrutinise the extent to which cultural imperialism in the Federation of Malaya has influenced Saloma in shaping popular culture in the country from the colonialism era until the post-independence era in the Federated Malay States. The results of this research show that Saloma had certainly brought a dominant image of imperialism in Malaya through culture imperialism. Sal.....
Article Published 2024 1045 hits Available
3
Abstract
Kajian bematlamat untuk melihat orientasi tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan  kepuasan kerja guru di beberapa buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Dimensi tingkah laku  kepimpinan yang dikaji ialah tingkah laku kepimpinan pendayatamaan struktur dan tingkah laku  kepimpinan timbang rasa. Manakala tahap kepuasan kerja guru berdasarkan aspek faktor pendorong dan  faktor higien. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan tingkah laku kepimpinan pengetua dan  kepuasan kerja guru. Kajian turut melihat perbezaan tingkah laku kepimpinan pengetua berdasarkan  ciri-ciri demografi seperti klasifikasi sekolah dan jantina pengetua. Seramai 315 guru dari 27 buah  sekolah menengah yang terletak di daerah Kota Bharu dipilih sebagai responden.. Instrumen kajian  terdiri daripada soal selidik •The Leader Behaviour Description Questionaire' (LBDQJ untuk mengukur  dimensi  tingkah  laku  kepimpinan  pendayautamaan  struktur  dan  tingkah  laku kepim.....
Thesis Published 2007 792 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kaedah tinjauan dengan teknik Pensampelan Mudah (Convenience Sampling) digunakan untuk mendapat maklumat melalui instrumen soal selidik yang mempunyai kebolehpercayaan Alfa Cronbach = 0.957. Responden kajian terdiri daripada 284 orang guru-guru yang pernah menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah menengah dan rendah di negeri Perak. Penganalisaan data dalam kajian ini menggunakan SPSS secara deskriptif untuk mendapat nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi  iaitu  analisis regresi pelbagai dan ujian Khi Kuasa Dua digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kemahiran guru tentang kajian tindakan adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kemahiran menja.....
Thesis Published 2014 707 hits Available
5
Abstract
Hubungan diplomatik merupakan hubungan dua hala antara sebuah negara atau lebih dengan negara lain. Kelangsungan hubungan ini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir ketua negara atau para diplomat (duta negara) merangka strategi terbaik bagi melindungi kerajaan negara dan rakyatnya. Justeru, dalam hal ini, seorang utusan sesebuah kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan membentuk suatu jalinan harmoni antara kerajaan serantau. Oleh itu, dalam kajian ini menggunakan pendekatan interaksi yang diperkenalkan oleh Paul Watzlawick untuk menghuraikan strategi diplomatik dan kaedah pelaksanaan strategi tersebut oleh utusan yang diutus, semasa berhadapan dengan pemerintah kerajaan lain untuk membantu kerajaan yang diwakilinya berjaya melangsungkan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain. Kajian ini akan menggunakan naskhah Hikayat Hang Tuah sebagai bahan perbincangan utama. Kata kunci strategi; diplomatik; utusan; kerajaan; naskhah..
Article Published 2014 21 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.