AbstractKajian ini bertujuan untuk meneliti kesediaan guru dalam mengintegrasikan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) prasekolah dilaksanakan. Pendekatan kualitatif
dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri
daripada temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang melibatkan seramai 15 orang
guru prasekolah. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi
teks kepada metateks. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah menumpukan tiga
daripada empat tahap pemikiran KBAT yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), iaitu mencipta, mengaplikasi dan menganalisis dalam penulisan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Guru kerap menggu.....