AbstractTujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepimpinan guru dalam kalangan guru SK Asli, Negeri Sembilan. Instrumen soal selidik Teacher Leadership Self-Assessment (TLSA) telah digunakan untuk mengukur tahap kepimpinan guru. Rekabentuk kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 50 orang responden yang telah dipilih secara rawak mudah. Capaian analisis I-CVI (0.83 hingga 1.00), S-CVI (0.97 hingga 1.00) dan Pekali Kappa (0.81 hingga 1.00) membuktikan instrumen dalam kajian ini mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Seterusnya, nilai alfa Cronbach, Cronbach’s Alpha if Item Deleted, Inter-Item Correlation dan Corrected Item-Total Correlation menjelaskan bahawa instrumen TLSA dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil menunjukkan kepimpinan guru di sekolah-sekolah kajian berada pada tahap yang tinggi (min= 4.46, SP=0.42). Implikasinya, kepimpinan dalam kalangan guru perlu diutamakan kerana gur.....