|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan |
| 1 | 2017 Thesis | Masalah sosial dalam sajak moden Tamil Malaysia Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis tujuan penggunaan dan mengkaji gaya penulisan isu-isu sosial yang dipaparkan dalam sajak moden Tamil Malaysia. Sejumlah tujuh puluh tiga antologi sajak moden yang dihasilkan dari tahun 1979 - 2010 dipilih sebagai bahan kajian. Kaedah kualitatif iaitu kajian perpustakaan dan analisis teks serta teori sosiologi perspektif functionalis digunakan. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada masalah sosial, ekonomi dan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan daripada sembilan puluh tiga buah sajak moden yang dikaji, lima puluh lima buah sajak moden menggambarkan isu-isu sosial, enam belas buah sajak moden menggambarkan isu-isu ekonomi dan dua puluh dua buah sajak moden menggambarkan isu-isu pendidikan. Sajak-sajak moden ini dihasilkan bagi tujuan memberi pengajaran, meluahkan perasaan tidak puas hati, mencerminkan pergolakan hidup serta memberi kesedaran dan amaran. Para penyajak menggunakan teknik simile, imej, metafora, paradoks, sim..... 1146 hits |
| 2 | 2025 Thesis | Prinsip prinsip Aram berdasarkan Tirukkaral dalam Antologi Cerpen Pavai Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan meneliti kekuatan prinsip aram (kebenaran) daripada Tirukkural dalam antologi cerpen oleh Pavai yang bertajuk Tiravi. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah analisis teks yang berasaskan teori Deontologi Immanuel Kant. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dua belas nilai aram daripada Tirukkural dapat dikenal pasti dalam dua puluh tujuh cerpen yang dianalisis. Dari segi penyisipan aram daripada Tirukkural, dua belas cerpen Pavai telah berjaya menggabungkan nilai aram ke dalam cerita mereka. Dari aspek kekuatan aram, didapati bahawa sembilan daripada dua puluh tujuh cerpen yang dikaji menunjukkan unsur yang baik dalam menyokong plot cerita pendek Pavai. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penulis cerpen telah berjaya memasukkan nilai aram daripada Tirukkural dalam antologi cerpen beliau yang bertajuk Tiravi. Hasil kajian ini juga dapat meningkatkan pemah..... 3 hits |