UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 5
Simplified search suggestions : Sariyan Awang
12001
conference_item
Persepsi Keturunan Jawa di Malaysia Terhadap Bangsa Jawa di Tanah Induknya dalam konteks keserumpunan Tamadun
Sariyan Awang,
Orang berketurunan Jawa di Malaysia merupakan salah satu kelompok etnik yang dimasukkan dalam kategori bangsa Melayu di Malaysia, secara jelas sesudah kemerdekaan, kerana generasi yang lahir sebelum kemerdekaan atau yang datang ke Malaysia dalam tempoh pramerdeka masih dianggap orang Jawa, bahkan sebahagian didaftarkan dalam sijil kelahirannya sebagai bangsa Jawa. Daripada sudut jumlah, orang Melayu berketuruanan Jawa di Malaysia adalah antara yang terbesar dalam kalangan orang Melayu berketurunan lain yang merantau dari tanah asalnya seperti orang Bugis, orang Banjar, orang Boyan, orang Aceh, orang Rawa, orang Mandailing, orang Kampar dan sebagainya. Secara kasar terdapat dua kelompok utama orang berketurunan Jawa di Malaysia. Yang pertama ialah golongan yang masih agak kental kejawaannyajika dilihat daripada sudut perbahasaannya, sikapnya dan amalan kehidupannya. Golongan yang kedua ialah yang sudah 'cair', dengan pengertian tidak memperlihatkan ciri-ciri kejawaan yang j elas, atau m.....

1115 hits

22020
article
Sumbangan manuskrip Melayu Lama kepada peradaban bangsa
Awang Sariyan
Manuskrip Melayu lama menjadi salah satu khazanah yang penting bagi bangsa Melayu. Ia menampilkan pandangan sarwa yang berkaitan dengan sistem kepercayaan atau agama, falsafah, ketatanegaraan, undangundang,perubatan tradisional, kesenian, persenjataan, dan aspek-aspek lain peradaban bangsa. Kini, terdapat lebih 20,000 buah manuskrip Melayu lama yang bertebaran di pelbagai benua, iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika, dan Oceania, yang meliputi 28 buah negara sedunia. Sebahagian besarnya tersimpan di luar alam Melayu akibat penjajahan dan juga minat besar sarjana asing terhadap peradaban Melayu. Akses kepada kebanyakan manuskrip Melayu lama menjadi lebih mudah kini dengan terhasilnya edisi digital dan wujudnya portal-portal yang merekodkan manuskrip Melayu lama. Terdapat kekurangan analisis kandungan yang dilakukan terhadap manuskrip tersebut, sehingga manuskrip Melayu lama lebih dihargai sebagai artifak dan tinggalan barang lama. Sampai saatnya dilakukan kerja secara bersinergi dalam kal.....

1026 hits

32021
article
Naratif abadi dalam pengajian dan pendidikan bahasa
Awang Sariyan
Menurut kerangka epistemologi atau teori ilmu alam Melayu yang berdasarkan epistemologi Islam, linguistik atau pengajian bahasa tergolong dalam disiplin ilmu yang berkaitan dengan kategori ilmu tanzil (revealed knowledge). Hal ini bukan semata-mata berkaitan dengan kategori ilmu yang dicari (acquired knowledge), sebagaimana yang lazimnya ditanggap oleh kebanyakan ilmuwan linguistik. Hakikat itulah yang dikupas dalam makalah ini. Antara yang dikupas termasuklah persoalan asal usul bahasa, tujuan mengkaji dan menguasai bahasa, peranan bahasa, dan realisasi perancangan bahasa serta pendidikan bahasa. Dalam usaha menelusuri persoalan yang tercakup dalam bidang falsafah bahasa, dilakukan perbandingan antara epistemologi Islam dengan epistemologi Barat untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan dalam rangka menanggap linguistik sebagai satu bentuk naratif abadi. Bidang terapan yang secara langsung terkait ialah bidang pendidikan bahasa, yang dikupas sebagai realisasi hakikat linguistik sebaga.....

418 hits

42003
conference_item
Peranan dan permasalahan Bahasa Melayu dalam memperkukuhkan peradaban melayu pada abad ke-21
Abdul Hamid Nor Zakiah, Mis Mohammed Azlan,
Semenjak Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memainkan peranan utama sebagai bahasa rasmi dalam segala urasan pentadbiran negara. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa komunikasi yang digunakan untuk berhubung di antara mdividu pelbagai kaum di Malaysia. Peranan bahasa Melayu semakin berkembang sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malah juga di Sabah dan Sarawak. Selang beberapa tahun kemudian apabila bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dalam Akta Pelajaran 1961, kedudukan bahasa Melayu menjadi semakin mantap. Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara yang melibatkan pendidikan di semua peringkat .....

2915 hits

52017
thesis
Pembinaan model falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional
Mohd Khaidir Abdul Wahab
Kajian ini dilakukan untuk membina satu model penyatupaduan nasional melalui sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, yang dikenali sebagai Model Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa. Dalam model ini, elemen falsafah bahasa akan diserapkan ke dalam sistem pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan kesedaran penyatupaduan nasional dalam kalangan murid. Tiga objektif utama ialah meninjau kebolehlaksanaan pembangunan Model Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional, menghasilkan model prototaip dan menilai pelaksanaannya untuk penyatupaduan nasional. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Design and Development Research Approach yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif diimplimentasikan dalam kajian ini berpandukan Model Falsafah Pendidikan Bahasa oleh Awang Sariyan dan Model Falsafah Bahasa oleh Mohd Rashid Md Idris yang telah diteliti berdasarkan dua teori teras falsafah bahasa, iaitu Teori Relativiti Bahasa oleh Edward Sapir dan Benjamin .....

1808 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.