AbstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknik mnemonik terhadap keupayaan ingatan dan
pencapaian murid Tingkatan Empat dalam topik Sistem Urinari. Murid beranggapan bahawa topik ini
sukar kerana memerlukan penghafalan dan pemahaman konsep yang banyak. Justeru, dalam kajian ini
terdapat dua persoalan kajian iaitu adakah teknik mnemonik berkesan untuk meningkatkan keupayaan
ingatan murid Tingkatan Empat dalam topik Sistem Urinari berbanding kaedah konvensional dan adakah
teknik mnemonik berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid Tingkatan Empat dalam topik Sistem
Urinari berbanding kaedah konvensional. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi
eksperimental. Data dianalisis secara kuantitatif deskriptif dan inferensi. Seramai 51 orang murid
Tingkatan Empat Biologi dari dua buah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan telah terlibat untuk
membentuk dua buah kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan
seramai 26 orang murid diberik.....