UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Siti Aisyah Zakaria |
1 | 2012 Thesis | Kesedaran guru matematik terhadap penerapan nilai matematik dalam pengajaran: satu kajian kes Siti Aisyah Zakaria Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti kesedaran guru matematik terhadap penerapan nilai matematik dalam pengajaran. Fokus diberikan juga untuk memahami pengajaran guru matematik yang membawa kepada penerapan nilai matematik. Enam penerapan nilai matematik yang diberi tumpuan ialah rasionalisme, objektisme, kawalan, kemajuan, keterbukaan dan misteri. Tiga orang guru matematik di Sekolah Menengah Daerah Kuala Muda/Yan, Kedah telah dipilih secara bertujuan manakala proses pengumpulan data ini melibatkan pemerhatian di dalam kelas, temu bual tiga peringkat iaitu temu bual pra-pengajaran, temu bual pasca-pengajaran dan temu bual lepas kajian dan akhirnya analisis dokumen. Rakaman audio telah digunakan semasa proses temu bual tiga peringkat ini. Manakala, catatan lapangan dan senarai semak digunakan bagi memudahkan proses pemerhatian di dalam kelas. Data dianalisis melalui lima fasa utama iaitu rakaman audio daripada temu bual ditranskripsikan ke dalam bentuk bertulis, transkr..... 10 hits |