UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Siti Aminah Abdul Ghani |
1 | 2018 thesis | Peranan dan sumbangan Home Guard di Temerloh, 1948-1956 Siti Aminah Abdul Ghani Kajian ini bertujuan menilai peranan pasukan Home Guard di Temerloh pada masa darurat dari tahun 1948 sehingga 1956. Ancaman keselamatan terhadap penduduk di Temerloh pada zaman darurat mendorong kerajaan kolonial British menubuhkan Home Guard. Pasukan ini berperanan aktif sebagai pengawal kampung dalam memberi sumbangan bagi membanteras ancaman Rejimen ke-10 PKM di Temerloh sehingga merdeka. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan membuat rujukan daripada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Annual Report, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan minit mesyuarat. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia seperti di Perpustakaan Tuanku Bainun,UPSI dan Perpustakaan Universiti Malaya. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Home Guard tidak terbatas kepada Melayu sahaja, tetapi meliputi kaum lain iaitu Cina dan India. Hasil kajian juga menunjukkan pasukan Home Guard m..... 813 hits |
2 | 2018 article | Peranan dan sumbangan Home Guard di Temerloh, 1948-1957 Siti Aminah Abdul Ghani Home Guard di Temerloh telah ditubuhkan untuk membantu menangani ancaman komunis ketika zaman darurat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melakukan rujukan daripada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Annual Report, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan minit mesyuarat. Pasukan Home Guard berperanan aktif membantu mengembalikan keamanan dalam memberi sumbangan bagi membanteras ancaman komunis sehingga merdeka. Orang Melayu, Cina dan India merupakan golongan yang mendiami kawasan di Temerloh telah bersama-sama dengan kerajaan kolonial British dalam berusaha membanteras ancaman yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya. Artikel ini membincangkan peranan dan sumbangan pasukan Home Guard dalam memastikan aktiviti pengganas komunis dapat dibanteras sepenuhnya... 1270 hits |