UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

11 record(s) found

2
Abstract
Schools‟ leadership are central to the task of building schools‟ environment and culture that promote learning for all students. Second only to the influences of classroom instruction, school leadership has been shown to have very strong influence on student learning. In Malaysia, where the education system is undergoing reforms, school principals have been given new deals in terms of tasks and responsibilities. They are expected to be educational visionaries, curriculum and instructional leaders, assessment experts, disciplinarians, community builders, public relations and communication experts, budget analysts, facility managers, special programs administrators, as well as guardians of various legal, contractual, and policy mandates and initiatives. The competencies they require in order to perform these new roles professionally have been spelled out in great detail in the "Malaysian School Principals‟ Competency Standards 2006 (MSCPS). The MSCPS describes the knowledge, the pr.....
Article Published 2012 1390 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan program transformasi untuk mengubah minda masyarakat kawasan luar bandar di negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang diperoleh melalui kerja lapangan. Seramai 764 orang responden yang terdiri daripada penduduk dan penerima bantuan daripada program transformasi dipilih dari kawasan luar bandar. Dengan menggunakan analisis deskriptif, penemuan mendapati bahawa masyarakat luar bandar mengalami perubahan dari aspek pendapatan, kesihatan, budaya penyertaan, kemahiran dan jalinan kerjasama. Penyertaan masyarakat terhadap program transformasi ini bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan individu, menjana peluang pekerjaan baru, mengurangkan kadar pengangguran malahan meningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Hal ini menunjukkan transformasi minda merupakan salah satu perkara yang penting bagi membangunkan individu atau masyarakat selain transformasi ekonomi, sosial dan fizikal...
Article Published 2016 1530 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai peranan pasukan Home Guard di Temerloh pada masa darurat dari tahun 1948 sehingga 1956. Ancaman keselamatan terhadap penduduk di Temerloh pada zaman darurat mendorong kerajaan kolonial British menubuhkan Home Guard. Pasukan ini berperanan aktif sebagai pengawal kampung dalam memberi sumbangan bagi membanteras ancaman Rejimen ke-10 PKM di Temerloh sehingga merdeka. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan membuat rujukan daripada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Annual Report, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan minit mesyuarat. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia seperti di Perpustakaan Tuanku Bainun,UPSI dan Perpustakaan Universiti Malaya. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Home Guard tidak terbatas kepada Melayu sahaja, tetapi meliputi kaum lain iaitu Cina dan India. Hasil kajian juga menunjukkan pasukan Home Guard m.....
Thesis Published 2018 2277 hits Available
5
Abstract
Home Guard di Temerloh telah ditubuhkan untuk membantu menangani ancaman komunis ketika zaman darurat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melakukan rujukan daripada dokumen-dokumen yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti Colonial Office Record, Annual Report, District Office Report, fail Setiausaha Kerajaan Negeri, dan minit mesyuarat. Pasukan Home Guard berperanan aktif membantu mengembalikan keamanan dalam memberi sumbangan bagi membanteras ancaman komunis sehingga merdeka. Orang Melayu, Cina dan India merupakan golongan yang mendiami kawasan di Temerloh telah bersama-sama dengan kerajaan kolonial British dalam berusaha membanteras ancaman yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya. Artikel ini membincangkan peranan dan sumbangan pasukan Home Guard dalam memastikan aktiviti pengganas komunis dapat dibanteras sepenuhnya...
Article Published 2018 2087 hits Available
7
Abstract
Tujuan  kajian  ini  untuk  menganalisis  ciri-ciri  perwatakan  wanita  Melayu Islam dari perspektif feminisme Barat dan Islam. Objektif kajian adalah untuk menganalisis  perwatakan wanita Melayu Islam berasaskan Konsep Feminisme Talbiah,  mengaplikasikan  Konsep   Feminisme  Talbiah  terhadap  karya-karya prosa  Aminah  Mokhtar  dan  membangunkan  kerangka   konsep  Feminisme Talbiah  berasaskan  model  Elaine  Showalter  dan  Yusuf  al-Qardhawi.  Kajian  ini  menggunakan  reka  bentuk  kajian  kepustakaan  dan  analisis  dokumen. Pengkaji telah  menggunakan empat elemen ginokritikan oleh Elaine Showalter dan enam elemen kedudukan wanita dalam  Islam menurut Yusuf al-Qardhawi. Elemen-elemen ini digunakan untuk membentuk Konsep Feminisme  Talbiah. Dapatan  kajian  mendapati  ginokritikan  mempunyai  kelompangan,  iaitu  tidak  bersandarkan  kepada  pegangan  Tauhid  dan  bertentangan  dengan  perwatakan wanita  Melay.....
Thesis Published 2018 6182 hits Available
8
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ciri-ciri perwatakan wanita Melayu Islam dalam cerpen Akar Cinta karya Aminah Mokhtar. Analisis ini dilakukan berasaskan Konsep Feminisme Talbiah. Konsep Feminisme Talbiah adalah satu konsep yang dibangunkan bagi memperjelaskan konsep feminisme yang lebih sesuai dengan wanita Melayu Islam berbanding dengan konsep Feminisme Ginokritik. Konsep Feminisme Talbiah menggabungkan idea Ginokritik oleh Elaine Showalter dengan idea Yusuf al-Qardhawi berkait dengan kedudukan wanita dalam Islam. Konsep Feminisme Talbiah memfokuskan kepada aspek kepatuhan dan penyerahan wanita kepada Allah SWT baik dari sudut luarannya mahupun dalaman. Aspek luaran wanita terdiri daripada personaliti, ketakwaan dan budaya manakala aspek dalaman pula terdiri daripada psikologi dan kerohanian. Dapatan analisis ini menunjukkan aspek-aspek luaran watak wanita `Aku` sejajar dengan kriteria wanita talbiah yang patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT dalam setiap tindakan ber.....
Article Published 2019 1233 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengupayaan guru dan efikasi kendiri guru di sekolah rendah Daerah Hulu Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Seramai 152 orang guru telah dipilih melalui kaedah pensampelan rawak mudah yang terdiri daripada guru di 11 buah sekolah rendah di daerah Hulu Selangor. Data yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan tahap pengupayaan guru dan efikasi kendiri guru. Analisis inferensi pula adalah ujian-t dan korelasi Pearson yang digunakan untuk menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengupayaan guru (Min = 3.71, SP = .380) dan efikasi kendiri guru (Min = 3.78, SP = .408) adalah pada tahap tinggi. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan pandangan.....
Thesis Published 2021 1670 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah profit keusahawanan dalam kalangan pelajar  bumiputera sekolah menengah di bandar dan luar bandar di Daerah Hilir Perak. Di samping itu. kajian  ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat hubungan dalam menentukan  profit  keusahawanan   berasaskan  jantina. lokasi sekolah, latar belakang keluarga. persekitaran tempat tinggal penduduk  dan jurusan yang diambil di sekolah. Sebanyak 200 sampel telah dipilih claripada lapan buah sekolah  menengah di bandar dan luar bandar di Daerah Hilir Perak. Satu set soal selidik yang mengandungi 100  ilcm  digubal  untuk  meninjau  profil  keusahawanan  dalam  kalangan  pelajar bumiputera  sekolah menengah di banclar dan di luar bandar.  Profil  keusahawanan pelajar bumiputera dikaji  menggunakan tiga belas ketrampilan diri, iaitu (i) inisiatif (ii) melihat dan merebut peluang (iii)  cekal (iv) mencari mak.lumat (v) menitikberatkan mutu kerja yang tinggi (vi) kom.....
Thesis Published 2007 764 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.