UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Siti Aminah Mohamed Suyud |
1 | 2021 thesis | Hubungan antara pengupayaan guru dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah Daerah Hulu Selangor Siti Aminah Mohamed Suyud Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengupayaan guru
dan efikasi kendiri guru di sekolah rendah Daerah Hulu Selangor. Pendekatan
kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian
ini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Seramai 152 orang
guru telah dipilih melalui kaedah pensampelan rawak mudah yang terdiri
daripada guru di 11 buah sekolah rendah di daerah Hulu Selangor. Data yang
telah dikumpul, dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi.
Analisis deskriptif digunakan untuk menjelaskan tahap pengupayaan guru dan
efikasi kendiri guru. Analisis inferensi pula adalah ujian-t dan korelasi Pearson
yang digunakan untuk menerangkan perbezaan serta hubungan antara
pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
pengupayaan guru (Min = 3.71, SP = .380) dan efikasi kendiri guru (Min = 3.78,
SP = .408) adalah pada tahap tinggi. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak
terdapat perbezaan pandangan..... 569 hits |