UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Siti Azian Azrol Nasoha Bujang |
1 | 2013 thesis | Pembinaan modul pembelajaran berasaskan masalah (PBMBIO-SCORE) dan kesannya terhadap pencapaian dan pemikiran kritis pelajar Siti Azian Azrol Nasoha Bujang Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM BIO-SCORE
berdasarkan pendekatan pengajaran berasaskan masalah (PBM). Pembinaan modul adalah berdasarkan
adaptasi model Sidek & Jamaludin dan telah melalui proses pengesahan menggunakan pekali
persetujuan Cohen‟s Kappa. Kajian juga menilai kesan modul terhadap pencapaian, pemikiran kritis
dan hubungan pencapaian dengan tahap pemikiran kritis pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan reka
bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara
persampelan bertujuan melibatkan 60 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata
pelajaran Biologi di sebuah sekolah di Daerah Kuala Selangor. Subjek kajian terdiri daripada 30
orang pelajar kumpulan rawatan dan 30 orang pelajar kumpulan kawalan. Tiga jenis instrumen kajian
digunakan iaitu modul PBM BIO- SCORE, ujian pencapaian bertajuk „Ekosistem Terancam‟ dan ujian
pemikiran kritis Watson Glase..... 101 hits |