UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

23 record(s) found

1
Abstract
Satu ketika dahulu, bidang keusahawanan lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita. Namun demikian, keadaan ini telah berubah apabila lebih ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara golongan wanita tersebut, golongan ibu tunggal juga turut mengejar peluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suami dan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan dan sesetengah menjalankan pemiagaan secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan. Dorongan dan motivasi ibu tunggal ini untuk memberanikan diri menceburi bidang pemiagaan merupakan suatu perkara yang perlu dikagumi dan dipuji. Langkah ini selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Usahawan yang mahu menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam bidang pemiagaan secara lebih efektif agar mampu bersaing dalam pasaran ekonomi yang bersifat global pada .....
Conference Item Published 2005 2218 hits Available
2
Abstract
Candi Bukit Kechil merupakan salah satu daripada candi di Lembah Bujang yang dibina di atas bukit selain daripada Candi Bukit Pendiat (Tapak 17), Candi Bukit Meriam (Tapak 26), Candi Bukit Penjara (Tapak 25) dan Candi Bukit Gajah Mati (Tapak 7). Secara keseluruhannya candi ini diperbuat daripada batu bata dan berdasarkan kepada orientasi utara-selatan dan binaan seakan struktur padma dipercayai candi ini berunsur agama Buddha dan dibina antara abad ke-9 hingga 10 Masihi. Lokasi candi berdasarkan kepada bacaan GPS ialah N5 37.129 E100 27.324. Analisis ke atas bata candi dijalankan untuk menentukan sama ada bata tersebut menggunakan bahan mentah tempatan ataupun tidak serta untuk mengetahui keadaan fizikal bata tersebut terutama cara pembakarannya. Untuk itu, dua teknik analisis dijalankan iaitu teknik Aruhan Sinar X (XRD) dan Pendarfluor Sinar X (XRF) yang masing-masing menentukan kandungan mineral bata dan juga kandungan unsur utama dan unsur surih bata. Analisis menunjukkan bahawa min.....
Article Published 2013 2754 hits Available
3
Abstract
Penyelidikan arkeologi di Pengkalan Bujang, Kedah pada awalnya telah dijalankan secara sistematik oleh Quaritch- Wales sejak tahun 1936 hingga 1937 lagi di bawah tajaan Greater India Research Committee yang berpusat di Calcutta, India. Antara tapak yang telah diekskavasi oleh Quaritch-Wales ialah Tapak 18, Tapak 19, Tapak 21, Tapak 22 dan Tapak 23. Beberapa jumpaan penting telah berjaya ditemui semasa ekskavasi yang dijalankan oleh Quaritch-Wales yang mana antaranya ialah arca agama, serpihan seramik, relikuari dan pelbagai artifak yang lain. Alastair Lamb juga telah menjalankan penyelidikan beliau di Pengkalan Bujang di mana beliau lebih memberi fokus kepada jumpaan kaca dan pelbagai jenis manik di Pengkalan Bujang. Antara pendapat beliau ialah kaca yang banyak ditemui di Pengkalan Bujang, Kedah berasal dari Timur Tengah dan berkemungkinan juga kaca ini merupakan kaca yang diguna semula untuk menghasilkan manik kaca monokrom. Leong Sau Heng pada tahun 1973 telah menyiapkan tesis sarja.....
Article Published 2014 3485 hits Available
5
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menyingkap dan merungkai makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seni bahasa melalui penggabungjalinan Pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis teks bahan seni bahasa. Responden yang terdiri daripada tujuh orang pelajar Tahun Lima dipilih untuk menyertai kajian ini. Hasil kajian mendapati pendekatan SI yang digabungjalinkan dengan KBAT berupaya membantu pelajar merungkai makna yang terkandung dalam bahan seni bahasa. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik dalam memimpin pelajar meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti dan bermakna  ..
Article Published 2021 1120 hits Available
6
Abstract
Kajian ini mengkaji kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan empat di sebuah  sekolah. Kajian ini melibatkan seramai 92 orang responden di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama  Matang 2, Kuching, yang terdiri daripada 34 orang lelaki dan 58 orang perempuan. Kajian ini  berbentuk deskriptif dan menggunakan instrument soal selidik deogan skala lima mata bagi mengukur  Gaya Pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik, Kecekatan Tangan, Bersendirian dan gaya  pembelajaran Berkumpulan. Dapatan kajian mendapati kategori Auditori (min 4.19, SP=0.69) adalah  gaya pembelajaran paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori yang kedua adalah  kategori kinestetik (min 4.13, SP=0.72), diikuti ketiga ialah kategori berkumpulan (min 4.05,  SP=0.92), keempat ialah kategori kecekatan tangan (3.95, SP=0.82), kelima kategori visual (3.89  SP=0.84) dan keenam oleh kategori bersendirian (3.59 SP=0.98). Disamping itu, dikemukakan juga  cadangan kajian untuk meningka.....
Thesis Published 2015 1770 hits Available
7
Abstract
Bahagian dasar bangunan merupakan bahagian bangunan yang jarang diberi perhatian oleh para pengkaji yang lazimnya memberi perhatian kepada tinggalan yang terdapat di bahagian atas tanah. Artikel ini mengkaji dasar struktur kuno yang terdapat Lembah Bujang di Kedah, Batujaya di Jawa serta Takuapa di selatan Thailand untuk menentukan sama ada wujudnya peralihan teknologi di antara ketiga-tiga petempatan ini. Perbandingan hanya boleh dibuat dengan membandingkan penulisan ahli arkeologi yang telah mengkaji struktur kuno ini, memandangkan struktur kuno di Lembah Bujang telahpun musnah sepenuhnya. Jenis bahan yang digunakan telah dikaji dan perbandingan telah dibuat di antara tapak-tapak di Lembah Bujang sendiri dan juga dengan Takuapa dan Batujaya. Kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat persamaan di antara bangunan-bangunan berbeza di Lembah Bujang. Kajian ini juga mendapati bahawa tiada bukti terdapat persamaan di antara dasar bangunan di Lembah Bujang, Batujaya ataupun di Takuapa. Ini.....
Article Published 2021 612 hits Available
8
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi menganggar tahap penggunaan oksigen secara maksima (V02max) di kalangan pelajar sekolah menengah berusia 14 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Hj. Openg, Kuching , Sarawak. Maklumbalas dari pelajar tersebut menggunakan protokol ujian berjalan kaki (walk test) dan kaedah bidang pengukuran lain yang sesuai bagi kegunaan sekolah pada masa akan datang. Seramai 10 orang subjek terlibat dalam kajian yang menggunakan protokol Incremental Shuttle Walk Test (ISWT) dan Six Minute Walk Test (6MWT). Subjek melaksanakan ISWT seberapa pantas yang boleh bila tahap semakin meningkat dengan selang masa antara setiap tahap masa direkod akan Rating of Perceived Exertion (RPE). Bagi 6MWT ubjek berjalan seberapa jauh yang boleh dalam masa 6 minit. Pengukuran bagi menganggar kadar nadi, tinggi, berat, RPE turutdiambilkira bagi menganggar intensiti . Analisis Paired Sample t-test digunakan bagi meramal penggunaan oksigen maksima iaitu dijelaskan dalam bentuk ml" dan . mi.....
Thesis Published 2007 725 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM BIO-SCORE berdasarkan  pendekatan pengajaran berasaskan masalah (PBM). Pembinaan modul adalah berdasarkan  adaptasi  model Sidek & Jamaludin dan telah melalui proses pengesahan menggunakan pekali  persetujuan Cohen‟s Kappa. Kajian juga menilai kesan modul terhadap pencapaian, pemikiran kritis  dan hubungan pencapaian dengan tahap pemikiran kritis pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan reka  bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara  persampelan bertujuan melibatkan 60 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata  pelajaran Biologi di sebuah sekolah di Daerah Kuala Selangor. Subjek kajian terdiri daripada 30  orang pelajar kumpulan rawatan dan 30 orang pelajar kumpulan kawalan. Tiga jenis instrumen kajian  digunakan iaitu modul PBM BIO- SCORE, ujian pencapaian bertajuk „Ekosistem Terancam‟ dan ujian  pemikiran kritis Watson Glase.....
Thesis Published 2013 591 hits Available
10
Abstract
This article aims to analyse the importance of a field study of the Bujang Valley archaeological site in Kedah among students in the context of reinforcing heritage education. This study involved 400 university students who were randomly selected. A questionnaire instrument was used to elicit feedback, including the respondents' background, knowledge about Bujang Valley, knowledge about a guided tour of the exhibition gallery, knowledge about a guided tour of the archaeological site, knowledge about a demonstration technique and an archaeological excavation method, and knowledge about a field study of the archaeological site. The findings indicate that conducting the field study via activities during the guided tour of the exhibition galleries at the Bujang Valley Archaeological Museum (MALB) and the Hindu-Buddhist temple site is highly effective in enhancing heritage education. Indeed, it was able to impart knowledge about the significance of Bujang Valley to students enrolled in high.....
Article Published 2024 558 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.