UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Siti Fatimah Baharudin |
1 | 2022 thesis | Aktiviti biologi Sargassum Ilicifolium (Turner) C. Agardh serta potensinya sebagai hormon penggalak pertumbuhan pokok cili Siti Fatimah Baharudin Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti biologi Sargassum ilicifolium (Turner) C.
Agardh serta potensinya sebagai hormon penggalak pertumbuhan pokok cili. Aktiviti
biologi dikenal pasti melalui kehadiran bahan bioaktif menggunakan ekstrak S.
ilicifolium dalam pelarut heksana, metanol, diklorometana dan air. Ujian toksisiti
dilakukan menggunakan kaedah Brine Shrimp Lethality (BSL) terhadap udang brin
(Artemia salina). Kajian antibakteria pula, menggunakan kaedah penyebaran cakera ke
atas enam jenis bakteria dengan kepekatan ekstrak yang berbeza. Sementara itu, S.
ilicifolium telah diekstrak menggunakan pelarut dengan kepekatan yang berbeza untuk
dijadikan sebagai hormon penggalak pertumbuhan pokok cili. Hasil kajian
menunjukkan S. ilicifolium mengandungi alkaloid, terpenoid, tanin, saponin dan
flavonoid. Ujian toksisiti menunjukkan nilai LC50 yang berbeza dalam lingkungan
bertoksik (30 – 1000 mg ml-l) untuk kesemua ekstrak mentah iaitu heksana (234.42 mg
ml-1), methan..... 728 hits |