|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Siti Nor Aisah Moktar |
| 1 | 2019 Thesis | Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru reka bentuk dan teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah Siti Nor Aisah Moktar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan, penerimaan
dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) terhadap amalan dalam
PBS di sekolah kebangsaan negeri-negeri di zon selatan iaitu Negeri Sembilan,
Melaka dan Johor. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan reka
bentuk tinjauan bagi mengumpul data. Sampel kajian adalah seramai 275 orang guru
yang terdiri daripada guru yang mengajar murid tahun 4, 5 dan 6 dari 275 buah
sekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik
yang terdiri daripada 12 item yang telah dibina dan melalui proses kesahan dan
kebolehpercayaan. Analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah kekerapan dan
peratusan, ujian kore..... 2288 hits |