AbstractKajian ini bertujuan membina model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan serta menguji kewujudan faktor perantara antara pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 442 responden, dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar biologi tingkatan empat di negeri Selangor. Data dipungut menggunakan soal selidik pelaporan-kendiri bagi mengukur konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan tanggapan prestasi. Manakala pencapaian pelajar diukur berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun biologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian biologi pelajar berada pada aras sederhana. Semua konstruk yang terlibat, kecuali tanggapan prestasi, didapati mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Model yang dibina dapat disuaikan secara signifi.....