AbstractKajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumentasi dan temubual. Kaedah dokumentasi melibatkan sumber literatur yang berkaitan dengan tradisi Gamelan Melayu, silibus peperiksaan muzik berkumpulan badan peperiksaan muzik bergred dan sukatan pelajaran Gamelan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang informan yang merupakan tokoh, ahli akademik dan penggiat seni muzik Gamelan Melayu. Hasil daripada analisis data, terbentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu bergred yang mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat awal (gred 1 dan gred 2), peringkat pertengahan (gred 3 & gred 4) dan peringkat atas (gred 5 & gred 6). Sukatan pelajaran yang dibangunkan terdiri daripada empat aspek utama iaitu gred, pe.....