UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

37 record(s) found

1
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumentasi dan temubual. Kaedah dokumentasi melibatkan sumber literatur yang berkaitan dengan tradisi Gamelan Melayu, silibus peperiksaan muzik berkumpulan badan peperiksaan muzik bergred dan sukatan pelajaran Gamelan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi. Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang informan yang merupakan tokoh, ahli akademik dan penggiat seni muzik Gamelan Melayu. Hasil daripada analisis data, terbentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu bergred yang mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat awal (gred 1 dan gred 2), peringkat pertengahan (gred 3 & gred 4) dan peringkat atas (gred 5 & gred 6). Sukatan pelajaran yang dibangunkan terdiri daripada empat aspek utama iaitu gred, pe.....
Thesis Published 2016 1986 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan keupayaan murid cemerlang akademik tingkatan empat dalam menyelesaikan masalah algebra bukan rutin di Sarawak. Seramai 88 orang murid tingkatan empat dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dengan menggunakan satu instrumen yang terdiri daripada 3 bahagian iniatu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian mengenai maklumat demografi responden. Bahagian B pula merupakan soal selidik berkaitan dengan sikap terhadap penyelesaian masalah algebra manakala Bahagian C merupakan satu set ujian penyelesaian masalah algebra bukan rutin. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan frekuensi, peratusan, min, korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah adalah sederhana dengan skor min 14.52. Bagi sikap terhadap penyelesaian masalah pula, didapati min tertinggi adalah dalam dimensi keyakinan iaitu 22.42, diikuti ole.....
Article Published 2016 2141 hits Available
3
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mereka bentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu berdasarkan kerangka sistem peperiksaan muzik bergred antarabangsa. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Secara umumnya proses kajian dijalankan dalam enam peringkat iaitu (i) pengumpulan maklumat daripada data sekunder, (ii) pengumpulan data melalui informan, (iii) menganalisis data, (iv) membentuk sebuah sukatan pelajaran Gamelan Melayu bergred, (v) penilaian pakar terhadap sukatan pelajaran yang dibangunkan dan (vi) memurnikan sukatan pelajaran yang dibangunkan. Terdapat dua kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu dokumentasi (data sekunder) dan temubual (data primer). Kaedah dokumentasi melibatkan sumber literatur yang berkaitan dengan tradisi Gamelan Melayu, silibus peperiksaan muzik berkumpulan badan peperiksaan muzik bergred dan sukatan pelajaran Gamelan Melayu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Temubual telah dijalankan ke atas tiga orang infor.....
Thesis Published 2016 1271 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi penuaian hujan oleh penduduk di Cameron Highlands. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pencerapan sampel air hujan dan soal selidik. Empat kawasan persampelan di sekitar Cameron Highlands iaitu kawasan pertanian, petempatan, bandar dan satu kawasan lapang telah dipilih untuk diletakkan takungan air hujan bagi diuji kandungan air hujan berdasarkan Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan bagi melihat kesesuaian air hujan tersebut sebagai altenatif bekalan air mentah dan air minuman. Analisis kualiti air berdasarkan sela masa 3-minit dilakukan terhadap sampel yang diambil bagi kawasan lapang.Parameter kualiti air yang dianalisis ialah pH, DO, SS, BOD, NH?N, kekeruhan, Cd, Fe,Pb dan Mn. Persampelan air hujan dilakukan sebanyak dua kali bagi merangkumi musim lembap dan musim kering. Seramai 125 orang responden telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kualiti air hujan. Hasil kajian mendapati, .....
Thesis Published 2016 1459 hits Available
5
Abstract
Kebangkitan pemikiran terhadap Islam hadhari menuntut agar orang Melayu mengadakan muhasabah din terhadap pelbagai cabaran dan harapan menjelang milenium akan datang. Orang Melayu harus melakukan anjakan paradigma bagi menyaingi bangsa lain jika inginkan kehidupan sejahtera, aman dan bahagia di tanah air sendiri. Kertas kerja ini cuba meninjau kesediaan dan keterpanggilan orang Melayu dalam ledakan kebangkitan negara bangsa yang mendasari prinsip Islam hadhari yang digalurkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kajian mengenai peradaban Melayu pada masa lalu yang dijalankan sendiri oleh penulis, serta pelbagai konotasi yang dilemparkan golongan colonial terhadap bangsa yang pernah digambbarkan Windstead sebagai orang yang berbudi bahasa turut dijadikan kayu ukur dalam menjana pemikiran terhadap kemampuan orang Melayu dalam menghadapi cabaran dan tuntutan masa hadapan, khususnya dalam. permasalahan mencakupi institusi keluarga, pendidikan, kejiranan dan .....
Conference Item Published 2004 1467 hits Available
6
Abstract
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me.....
Book Section Published 2006 4593 hits Available
7
Abstract
Sumbangan Geografi dalam pembangunan negara mernang tidak dapat dinafikan. Selain menitikberatkan tentang kefahaman empirikal mengenai perkembangan dunia (R.J. Johnson, 1993), geografi turut membicarakan ‘to discover what happens where and to explain why anything which happens just where it does and under what combination o f circumstances it does happen just, where it does’ (Freeman, 1980). Dalam bidang integrasi ilmu pula, peranan geografi sebagai disiplin yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang lain juga tidak dipertikaikan. Ini termasuk dalam disiplin sains seperti geologi, meteorologL geofizik, oceonografi, sains kesihatan dan botani. Akin Mabogunje (1997) menyebut geografi sebagai bidang yang mempunyai perspektif yang amat luas mencakupi kajian mengenai alam semesta sebagai tempat penghuni manusia. Justeru sifatnya yang menekankan interaksi antara manusia dengan PenciptaNya, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam itu sendiri amat dititikberatkan. Akins membahagikan .....
Book Section Published 2006 1300 hits Available
8
Abstract
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti .....
Book Section Published 2006 1741 hits Available
9
Abstract
The term "Sustainable Campus Landscape" means implementing the capable and nature behavior into the landscape, nourish the ecosystem with biodiversity, promote quality living, introduce secure livelihood and campus pleasing. This means a campus landscape must be sustainable within environmental, social and economical. (by AASHE, page 2). The "Green Campus" means a higher education community that is improving energy efficiency, conserving resources and enhancing environmental quality by educating for sustainability and creating healthy living and learning environments. The process of sustainable campus confidence us to make changes within the individual influence by improve energy efficiency, recycle, reuse and renewable waste and conserve valuable resources. The issue is, lack of sustainability approach to reducing the negative impact of activities and making the campuses landscape more sustainable. Therefore, this study proposes a theoretical framework integration of three(3) spheres,.....
Thesis Published 2015 3837 hits Available
10
Abstract
This study aims to identify factors that affect the readiness of the university students to get involved in entrepreneurship. This study was conducted at one of the public universities in Malaysia. 150 of final year students were involved in this survey study. The level of students’ readiness, their motivation level and attitude towards entrepreneurship were measured. The results of the analysis revealed that students had a moderate level of readiness to start a business. Their motivation level and attitude to become an entrepreneur also at the moderate level. The finding also showed a significant positive correlation between motivation level, attitude, and readiness to participate in entrepreneurship...
Article Published 2016 2609 hits Available
First Prev
Page 1 of 4

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.