AbstractKajian ini bertujuan untuk melihat hubungan pola asuhan ibu bapa dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak berlandaskan teori Halliday (1984). Teori ini menekankan pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan tujuh fungsi bahasa. Ketujuh-tujuh fungsi bahasa ini dijadikan konstruk pemboleh ubah bersandar kajian iaitu fungsi Imaginasi, Informasi, Heuristikal, Personal, Interaksi, Peraturan, Instrumental. Manakala pola asuh demokratikal, authoritarian, permisif dijadikan pemboleh ubah tidak bersandar kajian. Kaedah kuantitatif melalui tinjauan digunakan dengan mengemukakan boring soal selidik dan pemerhatian ke atas 20 bapa 25 ibu. Lokasi kajian dijalankan di Tadika Chandra Jaya di Bandar Palembang Indonesia. Data dikumpul melalui boring soal selidik terdiri dari tiga bahagian iaitu demografi ibu bapa, item pola asuh, item pemerolehan bahasa. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 20. Analisis statistik deskriptif frekuensi, peratusan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Manakal.....