UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Soleh Mohd Noor
1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan koswer Bahan Bantu Mengajar-Visual Audio Teaching Approach (BBM-VATA) dan mengenal pasti keberkesanannya dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman bagi topik fasa-fasa bulan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan sampel terdiri daripada 70 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Satu kelas seramai 35 orang murid mewakili kumpulan eksperimen dan satu kelas lagi seramai 35 murid mewakili kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara dan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik desktriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian t bagi kedua kumpulan bagi menguji miskonsepsi. Murid dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan BBM-VATA didapati mempunyai kurang miskonsepsi berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Dari aspek kefahaman mengenai fasa-fasa bulan, h.....
Thesis Published 2016 5386 hits Available
2
Abstract
Ini adalah satu kajian tindakan bagi mengenal pasti keberkesanan koswer Visual Assisted Teaching Aid (BBM-VATA) dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman murid bagi topik fasa-fasa bulan. Refleksi awal menunjukkan murid mempunyai miskonsepsi tentang fasa-fasa bulan, sukar untuk menggambarkan konsep kejadian fasa-fasa bulan dan keliru di antara kejadian fasa-fasa bulan, gerhana matahari dan juga gerhana bulan. Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) diguna sebagai kerangka kajian dan kuasi eksperimen dipilih sebagai reka bentuk kajian. Sampel terdiri daripada dua kumpulan 35 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik inferensi menggunakan ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor ujian pra dan pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan nilai t=8.081 (miskonsepsi) d.....
Article Published 2016 2047 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.