UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Suffian Jalet
12022
thesis
Hubungan amalan kepimpinan distributif pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap prestasi kerja guru di Sarawak
Suffian Jalet
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan, hubungan dan sumbangan kepimpinan distributif (KD) dan organisasi pembelajaran (OP) terhadap prestasi kerja guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaaan di negeri Sarawak. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pengumpulan data diperoleh dari borang soal selidik dengan instrumen diadaptasi dari Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) oleh Elmore untuk kajian kepimpinan distributif dan soal selidik Dimension of Learning Organizations Questionnaire (DLOQ) untuk kajian amalan organisasi pembelajaran dari Marsick & Watkins. Soal selidik daripada kajian Chee Kim Mang serta Supian dan Khadijah digunakan untuk kajian prestasi kerja. Seramai 400 orang guru telah dijadikan sampel kajian. Pemilihan sampel menggunakan Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan Krejcie & Morgan. Sampel dipilih secara rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science.....

1132 hits

22021
article
Pembinaan kerangka konseptual kajian mengenai hubungan amalan kepimpinan distributif dan organisasi pembelajaran terhadap prestasi kerja guru
Suffian Jalet
Gaya kepimpinan pengetua atau guru besar mampu mempengaruhi kejayaan sekolah sebagai organisasi pembelajaran dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah. Sikap cakna pemimpin sekolah terhadap pembangunan kapasiti dan potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan permasalahan sekolah perlu diberikan perhatian. Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa hadapan negara. Tugas pengetua di sekolah tidak terhad kepada kerja-kerja pentadbiran semata-mata, akan tetapi beliau juga perlu untuk menjadi penggerak kepada segala sumber yang berada di bawah seliaannya. Kepimpinan tradisional yang sebelum ini bercorak hierarki birokrasi perlu digantikan dengan gaya kepimpinan distributif yang memberi penekanan kepada pasukan, kumpulan dan ciri-ciri organisasi. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kerangka teori kajian berkaitan hubungan amalan kepimpinan distributif dan organisasi pembelajaran dala.....

610 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.