AbstractKajian ini bertujuan mendapatkan kesan penggunaan aplikasi AGRONUTRI-X terhadap pencapaian akademik dan tahap penerimaan teknologi. Aplikasi AGRONUTRI-X dibangunkan berdasarkan kepada model ADDIE. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan 63 subjek kajian kumpulan kawalan (n=31) dan kumpulan rawatan (n=32). Instrumen ujian pencapaian akademik dan soal selidik penerimaan dan penggunaan aplikasi Mpembelajaran digunakan dalam kajian ini. Kesahan bagi kedua-dua instrumen kajian adalah menggunakan I-CVI. Kebolehpercayaan instrumen pencapaian akademik diukur menggunakan IRR dan statistik Cohen_s Kappa. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik penerimaan dan penggunaan teknologi aplikasi M-pembelajaran diukur menggunakan pekali Cronbach_s Alpha _ = .926. Kesahan bagi aplikasi AGRONUTRI-X menunjukkan peratus kesahan kandungan yang baik iaitu 89.2%. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Min skor ujian.....