UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

28 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan membina instrumen bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur mengenal pasti dua komponen utama iaitu, ciri-ciri sedia ada guru Matematik dan amalan guru Matematik. Ciri-ciri sedia ada guru Matematik merangkumi empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru. Manakala, amalan guru Matematik pula terdiri daripada lima konstruk iaitu cetakan biru mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Dapatan daripada kajian rintis adalah kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Lima orang pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti dan guru sekolah yang berpengalaman dalam bidang Pendidikan Matematik telah mengesahkan kandungan instrumen yang dibina. Kajian rintis juga mendapati bahawa nilai pekali kebolehpercayaacn iala.....
Thesis Published 2015 1984 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar dan persepsi guru tentang amalan komunikasi guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Lima aspek amalan komunikasi guru matematik yang dikaji termasuklah mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Artikel ini membincangkan hasil tinjauan yang melibatkan penggunaan soal selidik TCBQ (Teachers’ Communication Behavior Questionnaires) versi Bahasa Melayu. Soal selidik ini telah diedarkan kepada 521 orang pelajar sekolah menengah dan 76 orang guru matematik. Persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dianalisis dan perbandingan dibuat antara persepsi pelajar dan persepsi guru. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min persepsi pelajar manakala tahap tinggi berdasarkan sk.....
Article Published 2013 1671 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Instrumen ini adalah berbentuk rubrik dua lapis. Berdasarkan tinjauan literatur, instrumen kajian dibina merangkumi dua komponen utama: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen pertama terdiri daripada empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Komponen kedua, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Adalah diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran mengenai instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah yang dibina...
Article Published 2014 6267 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti, menganalisis dan mengkaji inovasi penggunaan rangkaian sosial Facebook sebagai satu daripada media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Penggunaan Facebook adalah berasaskan Teori Connectivism. Gabungan kaedah pembelajaran konvensional dengan Facebook dapat membuat perubahan pada dunia pendidikan dengan menerapkan elemen minat murid seharian iaitu melayari rangkaian sosial seperti Facebook. Pendekatan ini harus diterapkan dalam sistem pendidikan sebagai satu daripada alat bantu mengajar, di mana ianya tidak terbatas hanya di dalam bilik darjah sahaja. Pendekatan mix-method iaitu gabungan kualitatif dan kuantitatif yang digunakan dalam kajian eksperimental iaitu data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik dan tugasan khusus. Persampelan kajian ini melibatkan 40 orang murid tingkatan tiga di SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River. Kumpulan A dan kumpulan B diwujudkan bagi menjawab persoalan kajian dengan me.....
Article Published 2018 1155 hits Available
8
Abstract
Interaksi  antara  budaya  merupakan  satu  proses  pertemuan  satu  atau  lebih budaya asing ke atas masyarakat tempatan yang mewujudkan pola kehidupan yang beragam, diaspora dan  unik. Sebagai sebuah negara kepelbagaian etnik, interaksi antara budaya berlaku sepanjang proses  pembinaan negara bangsa Malaysia dengan menggunakan pelbagai cara iaitu asmilasi, integrasi,  amalgamasi dan akulturasi. Tujuan kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti proses interaksi  antara budaya dalam kalangan masyarakat MTSK dan kesannya kepada cara hidup masyarakat di kawasan  tersebut. Kajian yang dijalankan menggunakan penyelidikan kualitatif merangkumi kaedah etnografi  iaitu kerja lapangan, temubual, kaji selidik dan perpustakaan. Kajian ini turut melibatkan dua  lapisan umur masyarakat di MTSK iaitu golongan remaja dan golongan dewasa. Penelitian interaksi  antara budaya telah melibatkan beberapa buah kampung yang didiami oleh etnik Melayu dan etnik Siam.  Antaranya kam.....
Thesis Published 2017 4646 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep Kama>lulla>h dalam kumpulan puisi Suhaimi Hj. Muhammad dengan berpandukan prinsip ketuhanan yang bersifat Kama>l dalam  teori Takmilah, serta hubungannya dengan Sifat 20 Allah SWT. Kajian ini memfokuskan kepada kumpulan  puisi Taman Takwa  melibatkan  79  judul puisi berkaitan ketuhanan. Analisis kajian menggunakan  kaedah kualitatif yang diimplimentasi  dengan  bukti-bukti  statistik  subjektif,  manakala  data   sekunder dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Dapatan kajian membuktikan  konsep  dan sifat  Kama>lulla>h sama ada berbentuk ma‘a>ni> atau ma‘nawi> berjaya diterapkan oleh penyair. Daripada  504 frasa dan ungkapan Kama>lulla>h, 204 tergolong dalam sifat Qudrah, 94 sifat Ira>dah, 35 sifat  Kawnuhu sami>‘an, 30 sifat Sama„ dan 25 sifat Mukha>lafatuhu lil H{awa>dith. Dapatan juga  menunjukkan penyair menekankan pendekatan ma‘a>ni> berbanding ma‘nawi> dalam menyampaikan  .....
Thesis Published 2018 3976 hits Available
10
Abstract
In Mobile Ad Hoc Networks (MANETs), network nodes typically have short lifespans given that they are mobile, self-reconfigurable, and dependent on the battery power. To help mitigate such a problem, the Optimize Link State Routing protocol (OLSR) is considered the most appropriate routing protocol to extend nodes' lifespans. As such, this study was undertaken with the main aim to enhance the energy-saving system of MANET, with which nodes can function without failure by using a newly developed algorithm of the OLSR protocol. Specifically, the study involved the developments of three schemes, namely a new Load Balance Energy Distributed (LBED) scheme, a new enhancement energy-saving (NEES) scheme, and a New Enhanced OLSR Willingness Calculation (NEWC) scheme. Accordingly, a series of simulations was carried out to measure and quantify the performances of the LBED, NEES and NEWC schemes using the OLSR protocol. The performance criteria were based on the level of remaining bat.....
Thesis Published 2018 1630 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.