UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Sunatul Mazidah Mohd Suhaimi |
1 | 2024 thesis | Hubungan antara gaya keibubapaan autoritatif dengan konsep kendiri pelajar lembam Sunatul Mazidah Mohd Suhaimi Kajian bertujuan mengkaji hubungan antara gaya keibubapaan autoriatatif dengan
konsep kendiri pelajar lembam. Kajian kuantitatif menggunakan kaedahreka bentuk
tinjauan dalam mendapatkan data kajian. Lokasi kajian yang dipilih adalahdi daerah
Pasir Mas, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada 118 orang pelajar PPKI dari
sembilan buah sekolah yang mempunyai ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan
autoritatif. Dua instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Parenting Syle Questionnare
untuk mengenalpasti ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif dan
Tennesse Self Scale (TSCS) untuk mengenal pasti konsep kendiri pelajar lembam. Kajian
rintis menunjukkan nilai Cronbach Aplha bagi set soal selidik gaya keibubapaan adalah
sebanyak 0.61 dan set soal selidik bagi konsep kendiri adalah sebanyak 0.72. Dapatan
kajian dipaparkandalam bentuk deskriptif terdiri daripada min, sisihan piawai, peratusan
dan ulangan kekerapan yang turut melibatkan statistik inferensi termasukla..... 17 hits |