|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Tengku Nur Tasnim Tengku Riduan |
| 1 | 2020 Thesis | Pengurusan guru tahfiz dalam pengajaran hafazan Al-Quran, kajian di sekolah tahfiz kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan Tengku Nur Tasnim Tengku Riduan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengurusan guru tahfiz dalam pengajaran hafazan Al-Quran di sekolah tahfiz kerajaan dan swasta di Negeri Sembilan. Model pengurusan oleh Henry Fayol telah digunakan dalam kajian ini sebagai kerangka teoritikal yang terdiri daripada elemen perancangan, pengelolaan, pengarahan, penyelarasan, dan pengawalan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik dan protokol temu bual. Instrumen kajian telah disahkan oleh empat orang pakar dalam bidang. Kebolehpercayaan instrumen pula telah diukur dengan menggunakan pekali Alpha Cronbach α = 0.89. Ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik mempunyai ketekalan yang tinggi. Instrumen soal selidik ditadbir kepada pelajar manakala protokol temu bual diberi kepada guru. Seramai 335 orang pelajar Tahfiz daripada empat buah sekolah agama (2 buah Sekolah Agama Kerajaan dan 2 buah Sekolah Agama Swasta) telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal se..... 3850 hits |