UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

23 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan berkualiti dalam novel sejarah Tengku Menteri (Malaysia) dan Urih Pesisir (Brunei). Secara khususnya, kajian ini menggunakan teori teksdealisme dengan mengaplikasikan prinsip kehadiran, perinsip perlanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada tiga watak iaitu Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Kapten Speedy daripada novel Tengku Menteri. Manakala tiga watak lagi daripada novel Urih Pesisir iaitu Syarif Omar, Wan Idrus dan Paul Gray. Watak-watak ini dipilih kerana mereka merupakan pentadbir, pemimpin masyarakat dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat. Teori teksdealisme oleh Mana Sikana digunakan untuk menganalisis kepimpinan berkualiti yang dipraktikkan oleh watak-watak tersebut. Analisis ini juga disokong dengan mengaplikasikan konsep kepimpinan berkualiti, kepimpinan Islam dan budaya Melayu. Permasalahan kajian adalah tertumpu kepada pengamalan kepimpinan berkualiti .....
Thesis Published 2015 4687 hits Available
2
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kerja lapangan dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur terhadap empat orang lagenda NLMA, kajian perpustakaan, kajian diskografi, dan nota lapangan untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Hasil daripada penyelidikan ini adalah sebuah Rancangan Reka bentuk Kurikulum (RK) dan Rancangan Instruksional (RI) Pengajaran dan Pembelajaran NLMA dalam institusi pendidikan formal mengikut format standard kurikulum yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Qualiti (BPAQ) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa budaya muzikal tempatan.....
Thesis Published 2016 2721 hits Available
3
Abstract
The purpose of recommended research is to give a specification on the band instructing process which combined the technic s and teaching approach which have been applied by a selected band instructor throughout the teaching and learning process in a way to fulfill the band activity of Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela, Segara, Marang Terengganu. The research is using the qualitative approach which focusing to the case study method as a base of the main research.The main focus of the research is to concentrate on the band learning process as well.The research is applying the method of document analys , music score, interview and observation.Finally, the result of the research concludes that every band groups that aimed the victory should have at least one skillful instructor in managing and instructing them.lt also shows that the most important elements in measuring the skills level of a successful instructor is the training structures and the approach as well...
Thesis Published 2010 2715 hits Available
4
Abstract
Teks Hikayat Melayu adalah teks sastera sejarah yang lahir pada abad ke-19. Teks Hikayat Melayu versi Tengku Said dalam kajian ini juga dikenali sebagai Sejarah Melayu versi Panjang atau Long Version. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum kepengarangan Melayu abad ke-19. Sastera sebagai produk sosial bermakna karya boleh difahami dari sudut perspektif sosiologikal. Kajian ini bertitik tolak daripada persoalan yang dikemukakan oleh Ken Plummer (1997) dalam bukunya Studying Culture: An Introductory Reader. Di antara persoalan yang disesuaikan dalam kajian ini adalah “the nature of stories” iaitu melihat tema Hikayat Melayu dan signifikannya, ia menjurus kepada jenis tema dan tujuan tema tersebut ditulis oleh penulis. Persoalan kedua ialah “the making of stories” yang disesuaikan sebagai kajian teks dan lapangan sosio budaya, yang melihat mengapa Hikayat Melayu itu dikarang, bagaimana cerita tersebut boleh membentuk masyarakat dan adakah Hikayat Melayu cuba mengesahkan .....
Article Published 2005 1999 hits Available
5
Abstract
Teks Hikayat Melayu adalah teks sastera sejarah yang lahir pada abad ke-19. Teks Hikayat Melayu versi Tengku Said dalam kajian ini juga dikenali sebagai Sejarah Melayu versi Panjang atau Long Version. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum kepengarangan Melayu abad ke-19. Sastera sebagai produk sosial bermakna karya boleh difahami dari sudut perspektif sosiologikal. Kajian ini bertitik tolak daripada persoalan yang dikemukakan oleh Ken Plummer (1997) dalam bukunya Studying Culture: An Introductory Reader. Di antara persoalan yang disesuaikan dalam kajian ini adalah “the nature of stories” iaitu melihat tema Hikayat Melayu dan signifikannya, ia menjurus kepada jenis tema dan tujuan tema tersebut ditulis oleh penulis. Persoalan kedua ialah “the making of stories” yang disesuaikan sebagai kajian teks dan lapangan sosio budaya, yang melihat mengapa Hikayat Melayu itu dikarang, bagaimana cerita tersebut boleh membentuk masyarakat dan adakah Hikayat Melayu cuba mengesahkan .....
Article Published 2013 1786 hits Available
7
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  kesan  aplikasi  realiti  augmentasi  terhadap pencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan dalam kalangan murid lembam yang mengikuti Program  Pendidikan Khas  Integrasi  (PPKI) Masalah  Pembelajaran.  Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk  kajian kes digunakan bagi kajian ini. Dua orang guru sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu  telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Aplikasi realiti augmentasi dibangunkan  menggunakan teknologi markerless augmented reality berlandaskan metodologi pembangunan perisian  instruksi ADDIE. Aplikasi yang dikenali sebagai ARCard ini dibangunkan khusus untuk murid lembam  bagi pembelajaran topik Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup dalam Sains Tahun Empat. Kajian ini  menggunakan kaedah temubual sebagai pemgumpulan data manakala analisis naratif digunakan sebagai  teknik analisis data. Dapatan kajian ini  menunjukkan peningkatan pencapaian akademik melalui  .....
Thesis Published 2018 2660 hits Available
8
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  kepimpinan  berdasarkan  pembesar-pembesar zaman  Kesultanan  Melayu  Melaka  dalam  teks  Hikayat  Melayu  @  Sulalatus  Salatin versi   Tengku  Said  ‘Long  Version’.  Ciri-ciri  kepimpinan  Islam  yang  diperkenalkan Abdul  Wahab  dan   Teori  Kepimpinan  Transformasional  Bass  dan  Avolio  digunakan sebagai   kerangka   konseptual    kajian   ini.   Kajian   ini   juga   menganalisis   ciri-ciri kepimpinan   yang   dimiliki   oleh    pembesar-pembesar   yang   agung   semasa   zaman kesultanan Melaka. Kaedah kualitatif yang  digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kepustakaan yang berfokus kepada pembacaan yang teliti ke  atas teks Hikayat Melayu @  Sulalatus  Salatin  versi  Tengku  Said  ‘Long  Version’.  Data   dianalisis  dengan menggunakan kerangka konseptual yang telah dibina dengan menggabungkan ciri-ciri  kepimpinan  Islam  danÂ.....
Thesis Published 2019 5033 hits Available
9
Abstract
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-k.....
Article Published 2020 1769 hits Available
10
Abstract
Satu daripada aspek bahasa yang penting dibincangkan dalam penelitian sesebuah wacana ialah daya ujaran. Daya ujaran bukan sekadar dikaitkan dengan unsur tekstual dalam teks ataupun penyampaian mesej secara berkesan tetapi lebih daripada itu. Daripada perspektif analisis wacana, daya ujaran dikaitkan fungsi ujaran yang membentuk sesebuah wacana. Bertepatan dengan wacana perutusan, penggemblengan daya ujaran oleh pewacana menggambarkan hasrat, sikap, dan tindakan beliau selaku Perdana Menteri Malaysia dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti daya ujaran yang wujud dalam perutusan khas Perdana Menteri mengenai COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis daya ujaran sebagai suatu bentuk penyampaian mesej dalam perutusan khas Perdana Menteri mengenai COVID-19. Kaedah kajian yang diterapkan dalam penelitian aspek daya ujaran ini ialah analisis tekstual. Dengan berpandukan konsep daya.....
Article Published 2021 682 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.