UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Tengku Ritawati Tengku Dachlan |
1 | 2016 thesis | Pembangunan kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli untuk institusi pendidikan formal Tengku Ritawati Tengku Dachlan Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kerja lapangan dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur terhadap empat orang lagenda NLMA, kajian perpustakaan, kajian diskografi, dan nota lapangan untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Hasil daripada penyelidikan ini adalah sebuah Rancangan Reka bentuk Kurikulum (RK) dan Rancangan Instruksional (RI) Pengajaran dan Pembelajaran NLMA dalam institusi pendidikan formal mengikut format standard kurikulum yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Qualiti (BPAQ) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa budaya muzikal tempatan..... 1263 hits |