AbstractSatu daripada aspek bahasa yang penting dibincangkan dalam penelitian sesebuah wacana ialah daya ujaran. Daya ujaran bukan sekadar dikaitkan dengan unsur tekstual dalam teks ataupun penyampaian mesej secara berkesan tetapi lebih daripada itu. Daripada perspektif analisis wacana, daya ujaran dikaitkan fungsi ujaran yang membentuk sesebuah wacana. Bertepatan dengan wacana perutusan, penggemblengan daya ujaran oleh pewacana menggambarkan hasrat, sikap, dan tindakan beliau selaku Perdana Menteri Malaysia dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti daya ujaran yang wujud dalam perutusan khas Perdana Menteri mengenai COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis daya ujaran sebagai suatu bentuk penyampaian mesej dalam perutusan khas Perdana Menteri mengenai COVID-19. Kaedah kajian yang diterapkan dalam penelitian aspek daya ujaran ini ialah analisis tekstual. Dengan berpandukan konsep daya.....