UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

Simplified search suggestions : Thambu Nadarajan
1
Abstract
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran media dramatik seperti Teater Forum boleh dikelaskan sebagai bahan media konkrit dan sifatnya menyerupai keadaan sebenar. Media dramatik ini boleh menukar pengalaman abstrak dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pengalaman konkrit untuk melahirkan manusia yang holistik dari aspek pemikiran, perasaan dan tindakan. Artikel ini membincangkan potensi Teater Forum dalam membentuk manusia holistik seperti yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebanyak 12 peserta terlibat dalam kajian kualitatif ini. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual kumpulan berfokus dan entri catatan jurnal. Data yang dikumpul daripada pelbagai kaedah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tema. Hasil kajian membuktikan bahawa elemen-elemen Teater Forum seperti dialog, latihan, aksi lakonan, tindakan membuat keputusan dan prinsip-prinsip dalaman dan luaran boleh menjadi teknik pengajaran yang berkesan untuk merangsang aspek pemikiran mor.....
Article Published 2019 3752 hits Limited
2
Abstract
Unsur niat moral (moral intent) dan hubungannya dengan tindakan bermoral (moral action), sering menjadi bahan kajian dalam kalangan ahli psikologi moral. Seseorang individu yang ingin bertindak secara bermoral, perlu: (i) mengenal pasti isu moral yang wujud dalam sesuatu situasi atau konflik yang dihadapi, (ii) memiliki kebolehan untuk mengambil tindakan yang betul dan paling baik dalam menangani konflik yang dihadapi, dan akhirnya (iii) berkeinginan serta berkebolehan untuk bertindak secara bermoral atas keputusan yang diambil, dalam menangani konflik yang dihadapi. Unsur yang dikatakan mendasari aspek kesedaran moral, keputusan moral dan tindakan moral ialah unsur niat moral. Justeru, artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi Teater Forum sebagai pedagogi pengajaran dalam mencungkil unsur niat moral (moral intent) dalam kalangan murid-murid sekolah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat telah digu.....
Article Published 2016 2584 hits Available
5
Abstract
Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai s.....
Article Published 2019 6674 hits Available
6
Abstract
Nilai berkaitan dengan alam sekitar merupakan salah satu bidang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Pendidikan dan pengetahuan berkaitan alam sekitardiberi perhatian dalam mata pelajaran Pendidikan Moral untuk melahirkan murid yang peka, sensitif, berfikiran positif dan yang mampu melestarikan alam. Kajian ini membincangkan penggunaan teknik drama sebagai pedagogi dalam menerapkan nilai berkaitan alam sekitar di dalam sebuah kelas Pendidikan Moral. Dapatan kajian menunjukkan, drama yang berfungsi sebagai teknik pembelajaran aktif mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pemahaman nilai berkaitan alam sekitar. Elemen-elemen drama seperti, penulisan skrip, latihan dan hafalan dialog mempunyai kelebihan dan kesesuaian yang tersendiri dalam mengembangkan amalan nilai berkaitan alam sekitar dalam kalangan murid sekolah menengah...
Article Published 2019 2889 hits Available
7
Abstract
Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai s.....
Article Published 2019 2414 hits Available
8
Abstract
Kecerdasan visual-ruang menjadi asas untuk perkembangn dimensi kognitif, emosi dan tingkah laku kanakkanak. Kecerdasan visual-ruang yang sering diinterpretasikan melalui lukisan kanak-kanak ini boleh ditingkatkan dengan memberikan pengalaman pembelajaran yang efisien di bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman mendengar dan membaca buku cerita berunsurkan moral sebagai pemangkin kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif ini dijalankan di sebuah sekolah tadika, di daerah Petaling Jaya, Selangor. Instrumen yang digunakan ialah dokumen (lukisan kanak-kanak), protokol pemerhatian, dan protokol temu bual. Seramai tujuh orang kanak-kanak prasekolah yang berumur lima hingga enam tahun dipilih sebagai peserta kajian secara persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan mendengar dan membaca buku cerita berunsurkan moral menjadi satu nilai tambah dalam menyokong kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah. Dalam pada itu, l.....
Article Published 2020 2295 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.