|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 12 |
| 1 | 2019 Article | Potensi unsur-unsur teater forum dalam pembentukkan insan menyeluruh: Dapatan kajian kualitatif kelas Nadarajan Thambu Dalam proses pengajaran dan pembelajaran media dramatik seperti Teater Forum boleh
dikelaskan sebagai bahan media konkrit dan sifatnya menyerupai keadaan sebenar. Media
dramatik ini boleh menukar pengalaman abstrak dalam pengajaran dan pembelajaran kepada
pengalaman konkrit untuk melahirkan manusia yang holistik dari aspek pemikiran, perasaan dan
tindakan. Artikel ini membincangkan potensi Teater Forum dalam membentuk manusia holistik
seperti yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebanyak 12 peserta terlibat
dalam kajian kualitatif ini. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual kumpulan berfokus
dan entri catatan jurnal. Data yang dikumpul daripada pelbagai kaedah dianalisis dengan
menggunakan teknik analisis tema. Hasil kajian membuktikan bahawa elemen-elemen Teater
Forum seperti dialog, latihan, aksi lakonan, tindakan membuat keputusan dan prinsip-prinsip
dalaman dan luaran boleh menjadi teknik pengajaran yang berkesan untuk merangsang aspek
pemikiran mor..... 2974 hits |
| 2 | 2016 Article | Unsur ‘niat moral dalam teater forum : satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral Thambu Nadarajan, Shanmugavelu Ganesan, Unsur niat moral (moral intent) dan hubungannya dengan tindakan bermoral (moral action), sering menjadi bahan kajian dalam kalangan ahli psikologi moral. Seseorang individu yang ingin bertindak secara bermoral, perlu: (i) mengenal pasti isu moral yang wujud dalam sesuatu situasi atau konflik yang dihadapi, (ii) memiliki kebolehan untuk mengambil tindakan yang betul dan paling baik dalam menangani konflik yang dihadapi, dan akhirnya (iii) berkeinginan serta berkebolehan untuk bertindak secara bermoral atas keputusan yang diambil, dalam menangani konflik yang dihadapi. Unsur yang dikatakan mendasari aspek kesedaran moral, keputusan moral dan tindakan moral ialah unsur niat moral. Justeru, artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi Teater Forum sebagai pedagogi pengajaran dalam mencungkil unsur niat moral (moral intent) dalam kalangan murid-murid sekolah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat telah digu..... 1835 hits |
| 3 | 2017 Thesis | The effectiveness of the web-based learning system on Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran course in Institute of Teacher Education Ipoh Campus M. Nadarajan Manickam The aim of this study was to identify the instructional principles and strategies used for the Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran course in a web-based learning environment that helped guide the development of a Web-based Learning System (e-IDRaj). The learning system was then evaluated to determine its effectiveness, usability, and learning strategy dimensions. This study employed the quantitative research methodology using the experimental pretest-posttest control group design. The sample of the study comprised 60 teacher trainees, who were equally divided into an experimental group and a control group. Four research instruments were used to measure the effectiveness, usability, and learning strategy dimensions of e-IDRaj. Pre-testing, interventional treatment, and post-testing spanned eight weeks. Both descriptive and inferential statistical procedures were performed on the collected data. The findings showed that the experimental group significantly outperformed the contro..... 1221 hits |
| 4 | 2017 Article | Forum Theatre as a behavior change strategy: qualitative findings from Moral Education class Thamb Nadarajan, Abdul Rahman Muhammad Hasbi, 1269 hits |
| 5 | 2017 Article | Storytelling and story reading: a catalyst for inculcate moral values and ethics among preschoolers Thambu Nadarajan, 1124 hits |
| 6 | 2017 Article | Exploring moral thinking using videos in flipped classroom Raman Kutty Shasitharan, Thambu Nadarajan, 1524 hits |
| 7 | 2019 Article | Kesedaran sensitiviti moral melalui aktiviti analisis filem pendek: satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral Nadarajan Thambu Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai s..... 5840 hits |
| 8 | 2019 Article | Penerapan nilai alam sekitar melalui teknik drama di dalam kelas pendidikan moral: satu kajian tindakan Nadarajan Thambu Nilai berkaitan dengan alam sekitar merupakan salah satu bidang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Pendidikan dan pengetahuan berkaitan alam sekitardiberi perhatian dalam mata pelajaran Pendidikan Moral untuk melahirkan murid yang peka, sensitif, berfikiran positif dan yang mampu melestarikan alam. Kajian ini membincangkan penggunaan teknik drama sebagai pedagogi dalam menerapkan nilai berkaitan alam sekitar di dalam sebuah kelas Pendidikan Moral. Dapatan kajian menunjukkan, drama yang berfungsi sebagai teknik pembelajaran aktif mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pemahaman nilai berkaitan alam sekitar. Elemen-elemen drama seperti, penulisan skrip, latihan dan hafalan dialog mempunyai kelebihan dan kesesuaian yang tersendiri dalam mengembangkan amalan nilai berkaitan alam sekitar dalam kalangan murid sekolah menengah... 2298 hits |
| 9 | 2019 Article | Kesedaran sensitiviti moral melalaui aktiviti analisis filem pendek: satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral Nadarajan Thambu Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai s..... 1913 hits |
| 10 | 2020 Article | Pengalaman mendengar dan membaca buku cerita moral sebagai pemangkin kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah Nadarajan Thambu Kecerdasan visual-ruang menjadi asas untuk perkembangn dimensi kognitif, emosi dan tingkah laku kanakkanak. Kecerdasan visual-ruang yang sering diinterpretasikan melalui lukisan kanak-kanak ini boleh ditingkatkan dengan memberikan pengalaman pembelajaran yang efisien di bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman mendengar dan membaca buku cerita berunsurkan moral sebagai pemangkin kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif ini dijalankan di sebuah sekolah tadika, di daerah Petaling Jaya, Selangor.
Instrumen yang digunakan ialah dokumen (lukisan kanak-kanak), protokol pemerhatian, dan protokol temu bual. Seramai tujuh orang kanak-kanak prasekolah yang berumur lima hingga enam tahun dipilih sebagai peserta kajian secara persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan mendengar dan membaca buku cerita berunsurkan moral menjadi satu nilai tambah dalam menyokong kecerdasan visual-ruang kanak-kanak prasekolah. Dalam pada itu, l..... 1450 hits |
| [First] [Prev] | Page 1 of 2 | [ Next ] [ Last ] |