|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Thilagavati Maniam |
| 1 | 2025 Thesis | Pembangunan dan penilaian modul kosa kata kerja Bahasa Melayu dalam meningkatkan pencapaian dan motivasi murid Tahun Empat SJKT Thilagavati Maniam Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan Modul Kosa Kata Kerja (KOKAJA) dalam meningkatkan penguasaan kosa kata kerja serta tahap motivasi murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Modul ini direka bentuk berasaskan gabungan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham dan Model ASSURE, yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid, penglibatan aktif serta penyesuaian bahan bantu mengajar secara sistematik. Objektif utama kajian ini merangkumi: (i) membangunkan modul pengajaran kosa kata kerja yang sesuai dan berkesan; (ii) menilai tahap penguasaan kosa kata kerja murid sebelum dan selepas penggunaan modul; dan (iii) menilai perubahan tahap motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu selepas intervensi. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 53 orang murid SJKT di daerah Hilir Perak, Perak. Kumpulan eksperimen (n=27) mengikuti pengajaran menggunakan Modul KOKAJA selama enam minggu, manakala kumpulan kawalan (n=26) mengi..... 10 hits |