UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Tuan Waheda Tuan Chik |
1 | 2022 thesis | Kesan pentadbiran British terhadap pembangunan bandar di negeri Perak Tuan Waheda Tuan Chik Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pentadbiran kolonial British
terhadap pembangunan bandar di Perak pada tahun 1900 sehingga 1957. Campur
tangan British bukan sahaja memberi keuntungan terhadap pihak kolonial malah telah
memberi kesan terhadap proses pembangunan setempat terutamanya aspek
perbandaran di beberapa daerah di Perak. Pembangunan perbandaran disifatkan
semakin pesat semasa pentadbiran British kerana kegiatan ekonomi dan politik. Oleh
itu, kajian mengenalpasti kemunculan bandar-bandar utama di negeri Perak.
Penglibatan kolonial British dalam perbandaran di Perak turut dihuraikan di/samping
mengetengahkan isu dan permasalahan dalam perbandaran di Perak ketika era
pentadbiran kolonial British. Kajian dijalankan menggunakan sepenuhnya kaedah
kualitatif dengan penekanan terhadap analisis dokumen primier seperti fail Perak
Secretariat, High Commisioner Office dan juga Perak Gazette yang diperoleh dari
Arkib Negara Malaysia. Kajian serta penulisan ber..... 1132 hits |