UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

23 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan memahami dengan lebih mendalam akan kaedah analisis kesalahan Newman melibatkan penyelesaian masalah matematik berayat. Kajian juga menilai kesan kaedah terhadap cara murid menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah matematik berayat dan sikap murid terhadap matapelajaran matematik khususnya yang berbentuk penyelesaian masalah matematik berayat. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti punca-punca kesilapan berdasarkan Prosedur Analisis Kesalahan Newman, mengenalpasti jenis-jenis kesalahan algoritma dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik dan mengenalpasti sikap murid-murid terhadap matapelajaran matematik khususnya dalam penyelesaian masalah bercerita matematik. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid Tahun Tiga Pintar di sebuah sekolah di Daerah Kinta Selatan, Perak. Lima jenis instrumen kajian digunakan iaitu borang maklumat responden, ujian bertulis penyelesaian masalah matematik nombor bulat, borang soal selidik individu, borang analisa jeni.....
Article Published 2016 3611 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif pada masyarakat Pengkalan Hulu. Beliau merupakan anak tempatan yang berbakti kepada penduduk terutama dalam bidang pendidikan. Oleh kerana jasanya yang besar kepada penduduk Pengkalan Hulu maka beliau dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1414 peringkat negeri Perak. Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini iaitu pertama untuk mengetahui sumbangan beliau kepada masyarakat setempat dan yang kedua pula ialah untuk mengetahui metode dakwah nya di Pengkalan Hulu. Selain itu, kajian ini jug bertujuan untuk mengetahui pendekatan yang diguna pakai oleh beliau ketika menjalankan aktiviti dakwah nya. Dalam menyelesaikan dan menyempurnakan kajian ini, dua metode digunakan iaitu metode perpustakaan dan temu bual bagi memperoleh maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa beliau berjaya dalam usaha dakwah nya dengan menggunakan pendekatan secara lembut terutama ketika berdakwah kepada kumpul.....
Article Published 2019 3528 hits Available
3
Abstract
Naratif lisan digambarkan sebagai pendidikan awal pada peringkat kanak-kanak yang memberi pengajaran mengenai adat resam, kebudayaan dan pantang-larang masyarakat Melayu serta memiliki akal budi sebagai gambaran pemikiran yang waras diperlihatkan melalui tingkah laku oleh seseorang individu. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam naratif lisan di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini mengariskan satu pendekatan dalam teori pengkaedahan Melayu, iaitu pendekatan kemasyarakatan sebagai deduktif kajian. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kepustakaan dan lapangan bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Pengkaji menjalankan proses temu bual dengan responden bagi mendapatkan cerita rakyat di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa terkandung elemen akal budi dalam naratif lisan, iaitu rasional, berani kerana benar, daya usaha dan ikhlas yang men.....
Article Published 2020 1568 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memperhalusi sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman  pada  masyarakat  Pengkalan  Hulu.  Pengkaji  menggunakan  metod  temubual  bagi  memperolehi maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji. Dapatan kajian mendapati bahawa, beliau   adalah  seorang  tokoh  yang  sangat  mencintai  ilmu  pengetahuan  dan  bersungguh- sungguhnya   untuk  mendapatkannya  walaupun  terpaksa  kehilangan  kedua  ibu  dan  ayahnya. Beliau berjaya  mengubah lanskap kehidupan masyarakat  yang hidup dalam kejahilan agama dengan menubuhkan Madrasah  ad-Diniah al-Latifiah. Penubuhannya menjadikan masyarakat kampong  yang  dahulunya  kurang   mengamalkan  amalan  Islam  kini  berubah  menjadi  orang yang  taat  kepada  perintah  Ilahi.   Selain  dari  itu,  beliau  dilihat  sebagai  seorang  tokoh  agama yang  berjaya   membenteras    ajaran   sesat   dan   amalan   kurafat   yang  berakarÂ.....
Thesis Published 2020 3153 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan dan membandingkan kesan intensiti “wearable resistance” terhadap protokol pemanasan badan terhadap biomekanik tendangan dalam kalangan atlet Taekwondo. Pembahagian intensiti “wearable resistance” dibahagikan kepada tiga kategori iaitu 0%, 5% dan 10% daripada jisim badan, dan diukur terhadap kinematik, kinetik dan pengaktifan otot semasa lakuan tendangan hadapan dan tendangan kapak. Seramai 25 orang atlet lelaki Taekwondo direkrut untuk kajian ini dengan nilai min dan sisihan piawai tinggi (174.00 ± 4.76 sm), berat (75.93 ± 13.64 kg) dan umur (22.57 ± 1.36 tahun) direkodkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya otot bicep femoris P < 0.05 iaitu (p= 0.04) menunjukkan perbezaan yang lebih tinggi antara ketiga-tiga beban “wearable resistance” untuk tendangan hadapan dan tiada perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah untuk tendangan kapak. Walaupun kebanyakan pembolehubah merekodkan tiada peningkatan yang signifikan tetapi .....
Thesis Published 2022 2693 hits Available
6
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan pentadbiran kolonial British terhadap pembangunan bandar di Perak pada tahun 1900 sehingga 1957. Campur tangan British bukan sahaja memberi keuntungan terhadap pihak kolonial malah telah memberi kesan terhadap proses pembangunan setempat terutamanya aspek perbandaran di beberapa daerah di Perak. Pembangunan perbandaran disifatkan semakin pesat semasa pentadbiran British kerana kegiatan ekonomi dan politik. Oleh itu, kajian mengenalpasti kemunculan bandar-bandar utama di negeri Perak. Penglibatan kolonial British dalam perbandaran di Perak turut dihuraikan di/samping mengetengahkan isu dan permasalahan dalam perbandaran di Perak ketika era pentadbiran kolonial British. Kajian dijalankan menggunakan sepenuhnya kaedah kualitatif dengan penekanan terhadap analisis dokumen primier seperti fail Perak Secretariat, High Commisioner Office dan juga Perak Gazette yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia. Kajian serta penulisan ber.....
Thesis Published 2022 3351 hits Available
7
Abstract
Kemunculan aliran realisme magis dilihat melalui gabungan antara dua dunia, iaitu dunia nyata dan dunia fantasi yang membawa pemikiran baru dalam karya sastera. Penelitian terhadap realisme magis dalam suatu karya sastera sangat penting kerana pada dasarnya realisme magis merupakan satu refleksi yang nyata mengenai budaya dan sosial masyarakat. Kajian ini meneliti novel Hikayat Tanah Jauh (2015). Ia dikerjakan menggunakan kerangka realisme magis oleh Wendy B. Faris (2004). Terdapat lima prinsip dalam dasar fahaman realisme magis Wendy B. Faris iaitu elemen yang tidak boleh dijelaskan (irreducible element), dunia fenomena (phenomenal world), elemen yang diragui (unsettling doubt), alam yang bergabung (merging realms), dan berlaku gangguan waktu, ruang, dan identiti (disruption of time, space, and identity). Ditemukan, novel ini akrab dengan prinsip elemen yang tidak dapat dijelaskan, elemen yang diragui dan elemen gangguan waktu, ruang dan identiti. Novel ini didapati memanfaatkan reali.....
Article Published 2023 458 hits Available
8
Abstract
Cerita rakyat merupakan salah satu kesusasteraan Melayu yang disampaikan oleh penduduk pribumi. Ia dikembangkan melalui penyampaian secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek akal budi menerusi cerita rakyat Melayu. Batasan kajian ini dihadkan kepada koleksi cerita rakyat dalam buku yang bertajuk Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu oleh Mohd Firdaus Che Yaacob (2021). Maka, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian yang berlandaskan kaedah kepustakaan dan analisis teks bagi memperoleh hasil yang lebih mampan. Kajian ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989) menerusi pengkaedahan alamiah bagi memperkukuhkan analisis kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati adanya elemen akal budi dalam cerita rakyat Melayu yang diketengahkan. Kesannya, cerita rakyat sedikit sebanyak mempengaruhi gaya.....
Article Published 2023 1059 hits Available
9
Abstract
Computational sustainability has become a key topic bridging environmental science, computer science, and sustainability research. This literature review explores the readiness dimensions necessary for advancing computational sustainability projects and examines how computational tools are applied to address sustainability challenges across various domains. This study examines 33 case studies and 56 empirical research papers that demonstrate the use of computational tools to improve readiness in a variety of scenarios, including technology readiness, faculty readiness, teaching readiness, e-learning readiness, and green education. By extensively reviewing previous material, this synthesis identifies recurring themes and emerging trends in readiness assessment across many sustainability sectors, case studies, and empirical research. The study blends several views and approaches, resulting in a better understanding of how readiness aspects might aid in the application and efficacy of com.....
Article Published 2024 493 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara kesediaan digital dalam pembelajaran dengan kompetensi perakaunan dalam kalangan pelajar Perakaunan Tingkatan Enam di negeri Perak. Seiring keperluan penggunaan sumber dan perkakasan digital dalam kerja kursus Perakaunan T6, kajian turut meninjau kesan faktor demografi jantina, lokasi dan kemudahan akses terhadap kesediaan digital pelajar dalam pembelajaran. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif ke atas 186 sampel pelajar penggal ketiga yang mengambil mata pelajaran Perakaunan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang diadaptasi daripada kajian lepas dalam bidang kesediaan digital menggunakan Model Kesediaan Digital oleh Hong dan Kim. Soal selidik berkaitan kompetensi perakaunan dibina berpandukan Sukatan Pelajaran 948 Perakaunan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Manual Kerja Kursus Perakaunan MPM. Data dianalisis menggunakan analis.....
Thesis Published 2024 517 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.