AbstractMakalah ini menumpukan kepada penanaman padi di Kedah semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Objektif makalah ini untuk memperlihatkan penglibatan dan peranan pelbagai agensi pertanian dalam usaha meningkatkan kadar hasil pengeluaran padi di negeri Kedah sepanjang tempoh tersebut. Antaranya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang memberikan penekanan ke atas analisis dokumen, pentafsiran dan penulisan sejarah. Sumber pertama diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis dan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Manakala, majoriti sumber kedua adalah buku dan jurnal. Kajian ini mendapati bahawa pelbagai projek dilaksanakan oleh agensi pertanian untuk memajukan penanaman padi di Kedah berjaya mencapai matla.....