AbstractLaporan projek pembangunan "Buku Panduan Latihan Paluan Asas Dalam Permainan Rebana" ini disediakan bagi memenuhi keperluan kursus APM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah bahan sumber pembelajaran khusus untuk mempelajari teknik paluan asas dalam permainan rebana. Untuk mendapatkan data, kajian ini menggunakan kaedah analisa dokumen, temubual dan pemerhatian. Semua data dan maklumat yang diperolehi telah dianalisa, diklasifikasikan mengikut tema dan kategori. Seterusnya maklumat dan data ini dirangka, ditulis dan disusun mengikut keperluan isi kandungan unit-unit pembelajaran. Di samping itu, penghasilan produk ini juga merupakan sumbangan kepada khazanah bahan rujukan muzik khususnya bagi muzik tradisional yang sememangnya sangat diperlukan di negara kita dalam usaha mengekalkan dan memartabatkan seni muzik warisan ini. Dalam memastikan kesesuaian isi kandungan pembelaj.....