UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

50 record(s) found

3
Abstract
The main objective of this research is to study the effectiveness of arts appreciation session at secondary school, which is to see the factors relating to students that drive the interest in implementing the appreciation session. The research was done based on 165 respondents who are form three students from 3 schools in the District of Tumpat. From the literature review being done, the researcher sees the main need of the arts appreciation session being implemented at school is to train students to think and communicate through the language of arts. At the same time, it encourages the sensitiveness of student's senses in having the attitude of accepting and rejecting as well as having practical taste on an object of art or other matters in their daily life. In general, students are creative, expressive and active. Pendidikan Seni Visual (Visual Arts Study) plays a role in developing these attitudes through visual perception, imagination and thinking. Activities of thinking, exploring.....
Thesis Published 2010 4962 hits Available
4
Abstract
Dunia sastera, khususnya masyarakat drama/teater, pasti mengenali Zakaria Ariffin (ZA), tokoh drama Melayu yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Dilahirkan di Kuantan 49 tahun yang lalu, beliau mendapat pendidikan awal di daerah kelahirannya sebelum menjadi kerani sementara di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. Anak muda yang sejak di sekolah rendah lagi bercita-cita ingin menjadi dramatis ini meninggalkan ...
Conference Item Published 2001 6013 hits Available
5
Abstract
Kajian ini menggunakan himpunan puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dalam tempoh 50 tahun, iaitu dari tahun 1950 hingga 1999. Semua puisi tersebut telah tersiar dalam majalah (seperti Fashion, Mastika, Remaja, Bintang, dan Irama) dan dalam akhbar tempatan, termasuk terbitan di Singapura (seperti Utusan Zaman dan Fikiran Rakyat). Tujuan kajian ini adalah untuk memberikan tafsiran semantik terhadap konsep warna dalam bahasa Melayu, khususnya berdasarkan data-data yang diambil daripada buku yang berjudul A. Samad Said: Sebuah Antologi Puisi yang menghimpunkan Karya-Karya Selama Lebih Setengah Abad (2007), yang dikumpulkan dan diberi pengantar oleh Dharmawijaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa A. Samad Said banyak menggunakan warna panas, khususnya warna merah dalam puisinya yang boleh dikaitkan dengan emosi marah, penentangan dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku...
Article Published 2016 2173 hits Available
6
Abstract
Makalah ini bertujuan mendiskusi strategi dakwah dalam karya autobiografi menerusi strategi Qaulan, iaitu salah satu kaedah retorika berdasarkan Model Sastera Islami An-Nadwi (1989) yang telah dimodifikasi dengan nilai-nilai kemelayuan. Dua karya autobiografi yang dipilih sebagai korpus kajian ialah Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi (Shahnon Ahmad) dan Kenang-kenangan Hidup (Hamka). Keseluruhan data korpus melibatkan penganalisian 9,072 ayat, manakala metodologi kajian berasaskan analisis kualitatif. Kajian ini mendapati kedua-dua pengarang mengaplikasi enam strategi Qaulan, iaitu Qaulan Layyina, Qaulan Balighah, Qaulan Maysura, Qaulan Karima, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Keenam strategi ini diterapkan menerusi leksis, frasa dan klausa dari awal hingga akhiran bab. Kajian ini membuktikan bahawa karya autobiografi moden yang selama ini lebih makruf sebagai karya individulistik atau bahan kajian sejarah, sebenarnya berpotensi menjadi genre yang efisien dalam menyampaika.....
Article Published 2016 3665 hits Available
7
Abstract
Bandar Ipoh merupakan bandar yang terkenal di Malaysia sebagai bandar yang berkembang hasil perlombongan bijih timah. Perkembangan perbandaran yang unik ini menjadikan Ipoh terkenal dari Tanah Melayu kepada Malaysia. Artikel ini akan meneliti atau menyingkap perkembangan perbandaran di Ipoh dengan memberi perhatian terhadap perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh sejak menjadi bandar sumber bijih timah di Lembah Kinta sehingga kini. Perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh amat penting kepada manusia pada hari ini kerana bandar ini menjadi pusat tumpuan manusia untuk mendapatkan pelbagai keperluan kehidupan. Perkembangan dan perbandaran seringkan dikaitkan dengan dasar dan perancangan bandar. Antara perkara penting yang diteliti iaitu perkembangan industri bijih timah kepada industri perkilangan dan elektronik serta industri simen. Perkembangan ini membawa pertumbuhan petempatan serta peningkatan penduduk. Kajian ini hanya melibatkan analisis deskriptif dan statistik dari da.....
Article Published 2011 3867 hits Available
8
Abstract
Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah. Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga .....
Article Published 2012 2522 hits Available
9
Abstract
Laporan projek pembangunan "Buku Panduan Latihan Paluan Asas Dalam Permainan Rebana" ini disediakan bagi memenuhi keperluan kursus APM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah bahan sumber pembelajaran khusus untuk mempelajari teknik paluan asas dalam permainan rebana. Untuk mendapatkan data, kajian ini menggunakan kaedah analisa dokumen, temubual dan pemerhatian. Semua data dan maklumat yang diperolehi telah dianalisa, diklasifikasikan mengikut tema dan kategori. Seterusnya maklumat dan data ini dirangka, ditulis dan disusun mengikut keperluan isi kandungan unit-unit pembelajaran. Di samping itu, penghasilan produk ini juga merupakan sumbangan kepada khazanah bahan rujukan muzik khususnya bagi muzik tradisional yang sememangnya sangat diperlukan di negara kita dalam usaha mengekalkan dan memartabatkan seni muzik warisan ini. Dalam memastikan kesesuaian isi kandungan pembelaj.....
Thesis Published 2015 2115 hits Available
10
Abstract
This study was conducted to evaluate the level of service quality of the school principals’ empowerment in the planning of science and mathematics education in finance, strategy, and emphasising the importance of science and mathematics. Also whether there is a difference in the service quality between science-based and non-science-based school principals. The SERVPERF Service Quality Model by Cronin and Taylor was used. It involves the five aspects of service quality dimensions: tangible, reliability, responsiveness, assurance, and empathy. The participants were 705 science and mathematics teachers from 80 secondary schools. The schools were selected using stratified random sampling. The research instrument used was the questionnaire with the component of each section having the reliability indexes of Alpha Cronbach of 0.84 to 0.92. The findings of the study indicated that the level of service quality of the school principals’ empowerment in the planning of science and mathematics.....
Article Published 2013 2818 hits Available
First Prev
Page 1 of 5

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.