AbstractBermula tahun 2010, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memperkenalkan
penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pengenalan
PBS ini bertujuan untuk memastikan sistem penilaian di negara kita berubah sejajar
dengan perubahan sistem pendidikan yang lebih dinamik dan holistik. Langkah ini
diperkenalkan kerana kelemahan dalam sistem penilaian berpusatkan peperiksaan yang
menyebabkan para peiajar dan guru terperangkap dengan teori dan soalan-soalan
peperiksaan yang lepas tanpa memahami secara praktikal apa yang dipelajari oleh
mereka. Justeru pengenalan PBS merupakan satu lagi transformasi dalam sistem
pendidikan negara kita bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu,
pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan masih lagi di peringkat awal.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan kesepakatan panel
pakar tentang cadangan penambahbaikan PBS berdasarkan masalah-masaiah yang
dihadapi semasa pelaksa.....