UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Wan Norliza Abdul Raoff |
1 | 2022 thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan kit daya apungan (Splash Boom Kit) Wan Norliza Abdul Raoff Kajian ini bertujuan membangun dan menguji kebolehgunaan Splash Boom Kit, (SBK).
SBK ialah kit yang terdiri daripada perkakasan set eksperimen fizik yang dihasilkan
menggunakan bahan kitar semula berkos rendah yang mudah didapati di persekitaran
serta dilengkapi dengan sebuah modul aktiviti bagi menjalankan eksperimen daya
apungan. Reka bentuk Kajian Pembangunan berpandukan Model ADDIE digunakan
dalam kajian ini. Populasi adalah pelajar tingkatan empat dan 92 sampel terpilih melalui
teknik sampel rawak bertujuan terhadap pelajar tingkatan 4. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa berdasarkan persetujuan 3 orang pakar, SBK mempunyai
kesahan yang sangat baik (CVI 0.95). Di samping itu, peratus persetujuan skala Likert
5 yang dinilai juga menunjukkan keputusan tahap kebolehgunaan SBK adalah tinggi
berdasarkan dua konstruk iaitu kebolehgunaan set perkakasan (91.4%) (92.1%),
kebolehgunaan modul aktiviti (93.6%). Nilai pekali Alpha Cronbach yang diperolehi
pula adalah 0.949 bagi per..... 931 hits |