AbstractKajian ini adalah untuk mengetengahkan penggiat seni ukiran kayu kontemporari iaitu
Abd. Muhaimin Bin Hasbollah yang telah banyak memberi sumbangan dalam
mengharumkan nama negara. Ia juga dapat dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah
kepada peminat seni ukiran kayu tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat
serta mengkaji keunikan yang terdapat dalam ukirannya. Selain itu, kajian ini juga
penting demi kelangsungan seni ukiran kayu kontemporari oleh generasi akan datang
serta dapat mengetengahkan keistimewaan ukirannya kepada bakat-bakat baru dalam
bidang seni ukiran kayu agar mereka menjadikan beliau teladan dan juga sumber
rujukan. Objektif kajian adalah untuk menggalur kehidupan penggiat seni ini, mengenal
pasti nilai estetika dan ciri-ciri identiti pada hasil seni ukiran kayu kontemporari
tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif berdasarkan
pemerhatian, temu bual dan dokumentasi bagi melengkapkan pengumpulan data.
Dapatan kajian menunjuk.....