UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Masyarakat Melayu digambarkan sebagai manusia yang mempunyai budaya yang halus, sopan santun, amat mementingkan adab ketika berkomunikasi, enggan menunjukkan sikap biadab serta memanfaatkan kiasan dan perumpamaan sebagai pegangan dalam budaya mereka. Dalam keadaan tertentu, mereka menggunakan ucapan yang berimplikatur kerana lebih memberikan kesan kepada khalayak. Implikatur sebagai satu cabang pragmatik mengambil kira hubungan dengan budaya dan masyarakat. Dengan menggunakan huraian implikatur Grice (1975) dan disesuaikan mengikut huraian Asmah (1992) tentang ungkapan tidak langsung (indirectness speech), kajian ini akan meneliti ungkapan berimplikatur dalam warkah koleksi peribadi Za’ba sebagai strategi kesopanan berbahasa. Warkah-warkah ini dipilih kerana ia merupakan satu warisan sejarah yang tidak ternilai harganya daripada seorang ikon besar dalam dunia Melayu yang terkenal dengan kesarjanaannya. Dapatan kajian dapat menyumbang kepada panduan menggunakan ungkapan berimplikatur .....
Article Published 2018 1290 hits Available
2
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengetengahkan penggiat seni ukiran kayu kontemporari iaitu Abd. Muhaimin Bin Hasbollah yang telah banyak memberi sumbangan dalam mengharumkan nama negara. Ia juga dapat dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni ukiran kayu tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat serta mengkaji keunikan yang terdapat dalam ukirannya. Selain itu, kajian ini juga penting demi kelangsungan seni ukiran kayu kontemporari oleh generasi akan datang serta dapat mengetengahkan keistimewaan ukirannya kepada bakat-bakat baru dalam bidang seni ukiran kayu agar mereka menjadikan beliau teladan dan juga sumber rujukan. Objektif kajian adalah untuk menggalur kehidupan penggiat seni ini, mengenal pasti nilai estetika dan ciri-ciri identiti pada hasil seni ukiran kayu kontemporari tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif berdasarkan pemerhatian, temu bual dan dokumentasi bagi melengkapkan pengumpulan data. Dapatan kajian menunjuk.....
Thesis Published 2020 3519 hits Available
3
Abstract
Kertas kerja ini meninjau tentang aspek kohesi, khususnya kehadiran kata penghubung dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kohesi ialah hubungan antara bahagian dalam sesebuah teks yang ditandai oleh penggunaan unsur bahasa yang mengikatnya. Penggunaan teks ucapan Tunku sebagai data kajian dilakukan kerana ada kelompangan dengan kebanyakan kajian lalu lebih memberikan tumpuan terhadap pemikiran, gaya kepimpinan dan gaya bahasa dalam ucapan beliau, namun kurang memberikan tumpuan kepada aspek linguistik. Kajian kualitatif ini menggunakan huraian oleh Nik Safiah et al. (2008) dan Sanat (2002) yang berpaksikan kerangka teori linguistik yang digagaskan oleh Halliday (1975), iaitu nahu fungsional. Nahu fungsional melihat bahasa sebagai bentuk perilaku yang bersifat fungsian, iaitu bahasa digunakan untuk memenuhi tujuan tertentu, serta turut dipengaruhi oleh konteks sosiobudaya penutur. Penggunaan kerangka ini dirasakan wajar kerana kajian ini meneliti p.....
Article Published 2021 1063 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.