UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Yusniza Yaakub |
1 | 2018 Article | Ungkapan berimplikatur sebagai strategi kesopanan dalam warkah koleksi Pendeta ZaBa Yusniza Yaakub Masyarakat Melayu digambarkan sebagai manusia yang mempunyai budaya yang halus, sopan santun, amat mementingkan adab ketika berkomunikasi, enggan menunjukkan sikap biadab serta memanfaatkan kiasan dan perumpamaan sebagai pegangan dalam budaya mereka. Dalam keadaan tertentu, mereka menggunakan ucapan yang berimplikatur kerana lebih memberikan kesan kepada khalayak. Implikatur sebagai satu cabang pragmatik mengambil kira hubungan dengan budaya dan masyarakat. Dengan menggunakan huraian implikatur Grice (1975) dan disesuaikan mengikut huraian Asmah (1992) tentang ungkapan tidak langsung (indirectness speech), kajian ini akan meneliti ungkapan berimplikatur dalam warkah koleksi peribadi Za’ba sebagai strategi kesopanan berbahasa. Warkah-warkah ini dipilih kerana ia merupakan satu warisan sejarah yang tidak ternilai harganya daripada seorang ikon besar dalam dunia Melayu yang terkenal dengan kesarjanaannya. Dapatan kajian dapat menyumbang kepada panduan menggunakan ungkapan berimplikatur ..... 830 hits |
2 | 2021 Article | Kata hubung sebagai peranti kohesi dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman Yusniza Yaakub Kertas kerja ini meninjau tentang aspek kohesi, khususnya kehadiran kata penghubung dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kohesi ialah hubungan antara bahagian dalam sesebuah teks yang ditandai oleh penggunaan unsur bahasa yang mengikatnya. Penggunaan teks ucapan Tunku sebagai data kajian dilakukan kerana ada kelompangan dengan kebanyakan kajian lalu lebih memberikan tumpuan terhadap pemikiran, gaya kepimpinan dan gaya bahasa dalam ucapan beliau, namun kurang memberikan tumpuan kepada aspek linguistik. Kajian kualitatif ini menggunakan huraian oleh Nik Safiah et al. (2008) dan Sanat (2002) yang berpaksikan kerangka teori linguistik yang digagaskan oleh Halliday (1975), iaitu nahu fungsional. Nahu fungsional melihat bahasa sebagai bentuk perilaku yang bersifat fungsian, iaitu bahasa digunakan untuk memenuhi tujuan tertentu, serta turut dipengaruhi oleh konteks sosiobudaya penutur. Penggunaan kerangka ini dirasakan wajar kerana kajian ini meneliti p..... 586 hits |